CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Johor] 3 maut termasuk 2 rentung

[Copy link]
Post time 28-5-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Mercedes Benz yang terbakar. FOTO AHMAD ISMAIL

Segamat: Nahas dua kenderaan di Kilometer 172.2 Jalan Johor Bahru-Seremban di persimpangan Kampung Kwongsai di Segamat, petang semalam menyebabkan tiga maut termasuk dua rentung.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian 6.30 petang itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dan kereta Mercedes Benz.

Katanya, siasatan awal mendapat kemalangan berpunca MPV Toyota Seinta dipandu lelaki berusia 36 tahun hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung Mercedes Benz berkenaan.

Beliau berkata, pemandu Mercedes Benz berusia 35 tahun dan seorang penumpang berusia 62 tahun rentung manakala seorang lagi penumpang berusia 67 tahun cedera parah.

"Pemandu Toyota Sienta yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Segamat turut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah," katanya ketika dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zamry berkata, bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Mangsa yang cedera parah dirawat di zon merah HDS," katanya saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan Penguatkusaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu dikenali sebagai Hoo Kok Yong, 35, dan Wong Chee Choy, 62, manakala Lee Lam Chai, 67, cedera parah apabila Mercedes Benz dinaiki terbakar 70 peratus.

Turut meninggal dunia ialah pemandu Toyota Sienta, Chong Jui Chat, 67, selepas kenderaan itu terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Mazuki Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 6.24 petang.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Mercedes Benz dan Toyota Sienta," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -termasuk-2-rentung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list