CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Johor] Kes penipuan paling tinggi

[Copy link]
Post time 29-5-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Kontinjen Johor merekodkan penipuan sebagai kes tertinggi berlaku dalam tempoh Januari lalu sehingga kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 1,247 kes penipuan dicatatkan iaitu 79 peratus daripada keseluruhan jumlah kes jenayah komersial bagi kontinjen itu sepanjang tempoh berkenaan.

"Kes direkodkan JSJK tahun ini meningkat 12 peratus atau 165 kes berbanding 1,413 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Kes penipuan adalah kes tertinggi yang mana kes belian dalam talian mencatatkan 246 kes, tawaran kerja tidak wujud (209 kes), 'Macau scam' atau 'phone scam' (186 kes), pelaburan tidak wujud (177 kes), pinjaman tidak wujud (174 kes) dan lain-lain kes sebanyak 255 kes," katanya dalam kenyataan, semalam.

Kamarul Zaman berkata, selain kes penipuan, kes jenayah siber yang membabitkan wang berkurangan daripada akaun tanpa pengetahuan pemilik juga merekodkan 182 kes atau 12 peratus daripada keseluruhan.

"Bagi kes jenayah siber ini, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 155 kes berbanding hanya 27 kes yang sama tahun lalu.

Katanya, kejadian kes wang berkurangan daripada akaun disebabkan oleh dua faktor utama iaitu mangsa menerima panggilan daripada suspek yang mengaku sebagai pegawai penguatkuasa atau pihak tertentu yang mendakwa mangsa terbabit dalam jenayah dan akaun bank akan dibekukan atau mangsa tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian dan diarahkan untuk menekan pautan yang diberikan bagi tujuan pendaftaran atau membuat pembayaran.

Mangsa kemudian diminta memberi butiran perbankan tanpa menyedari maklumat berkenaan diguna pihak yang tidak sepatutnya, katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, jumlah keseluruhan kerugian bagi kes yang dilaporkan itu adalah RM59 juta berbanding RM159 juta pada tahun lalu.

"Kes penipuan merekodkan jumlah kerugian tertinggi iaitu RM49 juta, diikuti kes jenayah siber RM4.6juta, pecah amanah jenayah (RM4.3 juta) dan lain-lain kes (RM1.1 juta)," jelasnya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ipuan-paling-tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.073892 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list