CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2902|Reply: 49

Wanita Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing, Disuruh Berhenti Belajar, Duduk Rumah- Bila Cerai Tak Ada Duit Dan Harta

[Copy link]
Post time 29-5-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berkongsi perkahwinan yang dibina selama lapan tahun dengan seorang lelaki warga asing runtuh kerana perbezaan budaya.


"Saya berkahwin dengan bekas suami, seorang warga asing (warganegara Pakistan) pada April 2014. Banyak yang kami lalui selama ini (isu perkahwinan biasa dan lain-lain).


"Tetapi ia menjadi sukar kerana kami berdua dari latar belakang yang berbeza sama sekali kecuali agama. Kami berdua beragama Islam. Perkara utama yang menjadi masalah buat saya adalah budayanya.


"Daripada seorang wanita yang sangat berdikari dan suka belajar, dia meminta saya berhenti belajar dan berkahwin, serta menjadi ibu yang tinggal di rumah.


"Dia menjanjikan saya bulan dan bintang dan saya termakan dengan semua kata-katanya," luah wanita berkenaan.




Gambar Hiasan




Wanita itu menambah, sepanjang perkahwinan, dia dan suami membina perniagaan bersama-sama dan dia hanya bekerja dari rumah sahaja.


Namun, langit tidak selalunya cerah. Ujar wanita tersebut, perkahwinan mereka mula dilanda badai pada dua tahun terakhir yang akhirnya membawa kepada penceraian.


"Kami berdua memulakan proses penceraian awal 2022, dan perceraian dimuktamadkan pada November 2022.


"Saya terpaksa mengupah peguam kerana dia cuba mengalahkan saya semampunya. Ia benar-benar mencabar ditambah pula kami berdua mempunyai dua anak bersama-sama," kongsinya.


Ujar wanita berkenaan, ujian yang dihadapinya semasa dalam tempoh perkahwinan tidak habis setakat itu saja.


Malahan wanita itu menambah, impak selepas penceraian lebih memberi kesan kepada dirinya meskipun sudah bebas daripada 'cengkaman' bekas suami.


"Saya, tiada ijazah, tiada wang, tiada pekerjaan, tiada pengkhususan dalam apa jua bidang setelah lapan tahun tinggal di rumah. Saya tidak dapat meneruskan perniagaan kerana saya tidak berkelayakan dalam bidang itu (penghawa dingin).


"Alhamdulillah saya berjaya membuka perniagaan baru yang lain dan bermula dari bawah. Moral daripada kisah saya, tolonglah wanita Malaysia, jika anda merancang untuk berkahwin dengan orang asing.


"ertama, jangan sesekali melepaskan kerjaya anda. Anda mesti mempunyai pendapatan sendiri kalau boleh. Kedua, walaupun lelaki itu menjanjikan anda segala-galanya tetapi sila utamakan diri sendiri dulu.


"Ketiga, jangan daftarkan perniagaan di bawah nama anda kerana dia akan menikam anda dari belakang dalam jangka masa panjang. Keempat,sediakan hitam dan putih dalam sebarang keputusan. Bukan janji mulut," katanya.


Pesanannya yang kelima adalah jangan sesekali melepaskan hak penjagaan anak-anak kerana peluang untuk mereka membawa anak pulang ke negara asal dan tidak kembali adalah sangat tinggi.


Tambah wanita tersebut, tujuannya membuat luahan bukanlah untuk meracuni fikiran atau menakutkan wanita lain, sebaliknya hanya mahu agar kisahnya diambil pengajaran. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa. Nanti ada anak cantik macam Lilopa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:18 PM | Show all posts
terima kasih bercerita, semoga menjadi pengajaran kepada semua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Somi buat bengkel repair aircond ka?cmtu mana valid sijil dia kt sni..
Byk kedai Pakistan repair tv..tgk muka kat sijil majlis muka pmpn melayu..ntah sedara jauh agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Andartu antertu aman2 aja melihat drama2 golongan asal berbini asal berlaki berebut2 nikah tanpa wang backup janji tengkuk mak bapak terlepas sara anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:30 PM | Show all posts
hmm bukan nak burukkan orang dari negara tu, tapi mana2 pun diorg ni ada buat perangai sama. so hati2 lah nak memilih pun. semoga yg baik2 je untuk akak ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 04:52 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-5-2023 04:16 PM
Takpa. Nanti ada anak cantik macam Lilopa.

dah besar nti malu mengaku melayu hidung kembang pesek mcm miskhan

sbb cantik mcm pashtun tp ic melayu oklah dpt keistimewaan senyap2 jah

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:00 PM | Show all posts
Ada kes bapak bangsa asing, mak melayu.. IC tulis bangsa bapak tapi tah macamana masa masuk sekolah boleh pulak tulis melayu so dapatlah segala bantuan.  Tapi masa nak masuk U sangkut la sebab bukan bumi, nak masuk UITM tak lepas.. bapaknya mengamuk.. apakan daya.  Indon pun ramai jugak cuba jalan macam ni, masa register muka macam melayu so kadang orang tak check IC, so harap2 frontliner be more careful, ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan bangsa ni sejenis suka memaksa & cepat sentap ya bila kita tak sependapat dgn dia. Mulut manis jangan cakap sbb tu pompuan cepat cair. Pompuan tolonglah jadi cerdik sebelum pilih puak ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye la kan
Jangan jd bodoh, nak juga la dgn mamat kari bau bwg tu
Ko hadap la jg sampai 2 ank
Kwn aku pun ada sorang gini, xmakan nasihat
Tup2 kawin kat siam dgn paki
Org tu nak guna nama dia je utk register bisnes kat sini
Last2 jd mcm citer kat ats ni jg cuma mujur xde ank bersama
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:13 PM | Show all posts
Kawin dgn sekufu kan senang tapi tu le kan jodoh x salah alamat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang kawin dengan perempuan tua taraf mak. Yang peliknya depa ni nikah dulu baru register. Depa tau kalau perempuan cerdik mmg tak la nak kawin ngan depa ni . Balik pakistan lama2 rupanya dah ada anak bini sana. Sini tempat lampias nafsu depa cara halal. Mmg setan la
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Betterlah ko jd andartu kaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada newbie forumer beria nak kawen dgn bangla. Siap mintak pendapat acik porem setelah dia dapat petunjuk lepas solat istikarah. Mana dia sekarang? Dah bahagia ke? Ke dah dilarikan ke bangla jadi hamba abdi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 29-5-2023 05:00 PM
Ada kes bapak bangsa asing, mak melayu.. IC tulis bangsa bapak tapi tah macamana masa masuk sekolah  ...

tmpt aku ni..bapak bangla..mak indon..anak boleh pulak jadi  Melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ko dik
Andartu antertu tersenyum sinisss sambil mengopi di starhill dan sambil skroll flight tiket ke yurop utk cikcur holiday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kata porumer yg mmg MO warga asing ni huntok kawen dgn pompuan tanah ibu pertiwi huntok dapat keistimewaan di tanah ibu pertiwi ni jahhh. Senang2 dapat PR senang2 bukak bisnes kat sini, mentang2 kat negara sendirik ala2 kais pagi makan pagi jahhh gamaknya.

Only in ibu pertiwi, kera babisss di hutan disusukan, anak di rumah mati kering kebuloq!

Warga asing dimanjahhhh kan, warga sendirik kebuloq di tanah sendirik!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I ingat wanita itu ialah kuinkepampers.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kak light nyesal kawen laki omputihnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm baru lalu dlm tiktok 3 pompuan menghanjibg ckp apa brg kawin melayu sambil tayang tok laki masing2 dari paki, germany & aprika klau x silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.288604 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list