CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2691|Reply: 25

Lelaki Sabah Tikam Mati Bekas Tunang Di Pusat Beli Belah

[Copy link]
Post time 29-5-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pembantu kedai di pusat beli belah di Jalan Haji Saman ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya.


Wanita itu dipercayai dibunuh bekas tunangnya di pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.


Pada masa sama, suspek, 33, yang masih berada di lokasi kejadian ditahan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.




MAYAT mangsa diusung pasukan polis untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi proses bedah siasat. FOTO Juwan Riduan




Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris mengesahkan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kejadian.


Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR).


"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman di tubuhnya.


"asukan polis turut menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa untuk siasatan lanjut.


"olis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Kalsom berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian.


"Kita masih menyiasat motif kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian.







Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan haji saman belah mana?


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:36 PM | Show all posts
hr tu couple
ni org bertunang


hish korang ni
ape la sampai berbunuh2
hujung2 menyesal bagai
nk mntk maaf org tu pun dh xde

neraka kirim salam ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kebelakangan kes2 jenayah kat Malaysia ni menakutkan. Mcm terikut kes2 org luar duduk Malaysia.  Asimilasi yg bukan2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:45 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 29-5-2023 04:47 PM
sharlenetexas replied at 29-5-2023 04:30 PM
Jalan haji saman belah mana?

kat suria sabah mall metrojaya

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 29-5-2023 04:45 PM
kat suria mall

Sebelum ni asyik2 kes terjun aka terjatuh kat centre point.

Bukan ke suria mall ke sebelum ni hutang bil letrik jota2?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 05:26 PM | Show all posts
amende sikit2 tikam orang ni? seram betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa... tikam-tikam...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental psycho sadistic betul laki tu tikam depan2 public.. nasib le senang kena cekup
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-5-2023 08:47 AM
Sebelum ni asyik2 kes terjun aka terjatuh kat centre point.

Bukan ke suria mall ke sebelum ni hut ...

Bukan. Tu 1Borneo. Suria Mall takda masalah.

Dah lama takda orang jatuh dari Centre Point. Tapi jatuh dari hotel hada la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab beksin kata Belastop.

I mean, uols nampak lepas beksin lain macam gila orang2 Malaysia bab bunuh2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 29-5-2023 08:41 AM
Kenapa kebelakangan kes2 jenayah kat Malaysia ni menakutkan. Mcm terikut kes2 org luar duduk Malaysi ...

Sebab beksin macam @blastoff @pengecatbintang kata dolu tew.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia tiada tolak ansur kasih sayang panas baran mulut jahat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:06 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 30-5-2023 08:19 AM
Sebab beksin kata Belastop.

I mean, uols nampak lepas beksin lain macam gila orang2 Malaysia bab bu ...

hahaha....
sebelum beksin ramai je kes bunuh2.....cuma tak report je.

tak masal beksin pulak kene. ada cip dalam badan aktifkan mode bunuh orang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
madknownz replied at 30-5-2023 09:06 AM
hahaha....
sebelum beksin ramai je kes bunuh2.....cuma tak report je.


Kan...teringat Kes kat bangi dlu,dgn yg bunuh kawan perempuan kat h/way mana ntah. Lupa dah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:13 AM | Show all posts
ramai dah x takut masuk penjara atau hukuman mati kot la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-5-2023 01:22 AM
madknownz replied at 30-5-2023 01:06 AM
hahaha....
sebelum beksin ramai je kes bunuh2.....cuma tak report je.



Ah takde2. Beksin la penyebabnya. At least dulu takda kes boipren umo 21 tikam berpuloh kali then bakar gilpren preggy hidop2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 30-5-2023 09:11 AM
Kan...teringat Kes kat bangi dlu,dgn yg bunuh kawan perempuan kat h/way mana ntah. Lupa dah.

Jgn dilupa kes di apartment Sri tanjung kt bangi juga sorg lelaki tilam bdk perempuan sbb cinta x berbls
kisah isteri bunuh suami dan tanam kt belkg rumah (ni dekat dgn rumah kaka)
juga sorg bapa tiba2 naik sewel bunuh anak dia
huh byk lg klu nak disenaraikan
ni semua seblm kes beksin kobid
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Penangan HAARP dan gelombang 5g
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:35 AM | Show all posts
disebabkan wanita2 kini kurang berkualiti, ini lah jadinya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.152419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list