CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 984|Reply: 21

Pengusaha Ikan Bilis Suka Cuaca Panas Terik- Senang Nak Keringkan, Dulu Dua Hari Sekarang 6 Jam Je

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
KEMAMAN – Cuaca panas terik memberi kelebihan kepada pengusaha ikan bilis untuk menghasilkan produk hasil laut tersebut dengan lebih berkualiti.


Zuria Zulkifli, 35, berkata, dia dan suaminya, Wan Mohd. Zuraydy Wan Nordin, 40, berkata, cuaca panas membolehkan proses pengeringan ikan bilis menjadi lebih singkat iaitu seawal enam jam berbanding lebih dua hari sebelum ini.




Foto: Kosmo




“Ikan bilis yang dihasilkan lebih berkualiti sebab ia menge­ring dengan sempurna dan tidak mudah patah dan tidak cepat rosak atau berbau hapak. Malah, ia lebih rangup apabila digoreng.


“Antara spesies ikan bilis yang mendapat permintaan tinggi ialah tembaga hitam, putih dan tembaga merah,” katanya yang mewarisi perniagaan diusahakan keluarga mereka sejak 50 tahun lalu ketika ditemui di Kampung Tengah, Kijal di.


Zuria berkata, dia menjual ikan bilis tersebut pada harga antara RM25 dan RM28 sekilogram bergantung kepada kualiti.


Ibu kepada lima anak itu berkata, mereka mampu menghasilkan 100 kilogram (kg) ikan bilis sehari sepanjang musim panas ini.


“Biasanya kami cuma mampu proses 40 kg sehari pada musim biasa kerana waktu itu proses pengeringan hanya tiga jam sehari ekoran cuaca tidak menentu.


“Begitupun, pada cuaca panas sekarang, ikan bilis yang dijemur selepas direbus sebelah pagi akan kering dalam tempoh enam jam sahaja,” katanya kepada Kosmo


Zuria memberitahu, proses menjemur di bawah cahaya matahari mampu menjadikan ikan bilis lebih tahan lama berbanding sekiranya dikeringkan secara moden dengan mesin pengering.


Sementara itu, Wan Mohd Zuraydy yang juga seorang nelayan menganggap cuaca panas sewaktu musim memukat ikan bilis sememangnya memberi rahmat buat keluarganya.


“Sekarang sudah bermula musim ikan bilis sehingga bulan September. Biasanya hasil tangkapan ikan bilis agak lumayan dan kadang kala kami boleh dapat lebih 100 kilogram sehari.


“Cuaca panas mudahkan kami untuk proses ikan bilis. Biasanya, saya akan keluar memukat selepas subuh dan pulang sekitar pukul 9 pagi sebelum keluar lagi untuk memukat ikan bilis pada tengah hari,” katanya.


Jelasnya, ada kebaikan musim panas terutama bagi nelayan ketika ini. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 10:45 AM | Show all posts
semalam tertengok la video dia ni kat buletin tv3, ya ampun jijiknyahhh..
dia jemur ikan bilis tu atas kanvas, lepas tu selama je berkaki ayam berjalan atas kanvas tu sambil kais ikan-ikan tu pakai plastic rake.

mana yang terpijak, mana yang terlangkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:06 AM | Show all posts
2 hari punya panas ko compressed jadi 6 jam. Memang panas lit-lit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:00 PM | Show all posts
Themilo replied at 30-5-2023 10:45 AM
semalam tertengok la video dia ni kat buletin tv3, ya ampun jijiknyahhh..
dia jemur ikan bilis tu at ...

Sila sebarkan supaya lebih ramai orang takut nak makan ikan bilis.

Mahal sangat kot harga skrg nasi lemak pun letak 3 ekor ja itu pun mujur.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:28 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-5-2023 04:00 AM
Sila sebarkan supaya lebih ramai orang takut nak makan ikan bilis.

Mahal sangat kot harga skrg na ...

Nah linknyahhh : https://www.buletintv3.my/nasion ... da-pengusaha-bilis/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:34 PM | Show all posts
mende nak jijiknya...kau beli ikan kat pasar tu pun atas bot tu drg lambak je atas lantai bot..silap2 sampai pasar jatuh atas lantai.. boleh je basuh ikan bilis tu sebelum masak..lainlah belacan..takleh nak basuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 12:53 PM | Show all posts
Themilo replied at 30-5-2023 12:28 PM
Nah linknyahhh : https://www.buletintv3.my/nasional/cuaca-panas-beri-rezeki-tambahan-kepada-pengus ...

Sedapnya ikan bilis.

Tak sabar nak tunggu harga turun boleh minta kat makcik nasi lemak kasi bilis lebih no hal macam minta ais ja



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:56 PM | Show all posts
sdpnye bilis halus grg garibg2 potong cili bwg byk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
toke2 derian pun tengah berbahagia
sebab pengeluaran meningkat sebab cuaca panas
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 30-5-2023 10:45 AM
semalam tertengok la video dia ni kat buletin tv3, ya ampun jijiknyahhh..
dia jemur ikan bilis tu at ...

Gitu lah proses pembuatan makanan kat negara2 yg tk brp nk maju.. bila kita tgk mmg rasa geli..tp bila tk nmpk or tk tau hmmmm yummy
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga murah rezeki. Jgn duk jual mahal2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:19 PM | Show all posts
krustykrab replied at 30-5-2023 05:16 AM
Gitu lah proses pembuatan makanan kat negara2 yg tk brp nk maju.. bila kita tgk mmg rasa geli..tp  ...

weols expect, ada meja la paling tidak pun

rupanyahhh macam ni. maaf ya, weols don't know item gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:22 PM | Show all posts
Ok la tu berbahagi2 rezeki. Dlm pada ada yg susah tak selesa, ada yg untung. Nanti masa lain, org lain untung plak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ikan bilis sajork, keropok keping yg dijemur pun cepat dikeringkan kalau cuaca panas gini. Keropok tahan lebih lama dan risiko kutu/bubuk keropok pun kurang. S
Namun, maseh haku tak suka cuaca panas gini. Haku suka musim tengkujuh, boleh ler merasa hawa sejok ala2 Cameron Highlands di tanah pamah mcm Kuala Krai 17°C dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 30-5-2023 01:19 PM
weols expect, ada meja la paling tidak pun

rupanyahhh macam ni. maaf ya, weols don't know item ...

Kalau ko tgk kt yindia lagi geli wehhhh..bukan proses pembuatan je jijik, yg jual kt tepi jln pun jijik..tp sb diorg dh terbiasa mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:35 PM | Show all posts
krustykrab replied at 30-5-2023 05:29 AM
Kalau ko tgk kt yindia lagi geli wehhhh..bukan proses pembuatan je jijik, yg jual kt tepi jln pun  ...

yang tu memang tak boleh buat apa sis. memang blacklisted terus negara india dari hidup weols (more to tak mampu sebenarnyahhh, weols PPRT )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 03:33 PM | Show all posts
dh tu x reti2 ke kasik turun harga
ni takat berapa gram dh dkt 10
padan la org niaga nasik lemak letak berapa urat je
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:38 PM | Show all posts
krustykrab replied at 30-5-2023 01:29 PM
Kalau ko tgk kt yindia lagi geli wehhhh..bukan proses pembuatan je jijik, yg jual kt tepi jln pun  ...

tgk kt mana hr tu yg dorg makan panipuri jual tepi jalan
ya ampunnn
disgustingnya
tp yg dtg menunggu nk mkn tu pny la ramai
perut dorg 'lasak2' ye


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 30-5-2023 10:45 AM
semalam tertengok la video dia ni kat buletin tv3, ya ampun jijiknyahhh..
dia jemur ikan bilis tu at ...

Tu kira okey ada alas canvas. Cer ko pi kat Pulau Ketam nun, diorg letak atas papan, atas tempat laluan jalan tanpa ada alas. Aku lalu naik basikal, depa kata, lalu jer lalu jer. Dgn anjing sepah² ..

Lepas tu, terus tak beli apa² yg dari Pulau Ketam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:56 PM | Show all posts
kaogi replied at 30-5-2023 07:42 AM
Tu kira okey ada alas canvas. Cer ko pi kat Pulau Ketam nun, diorg letak atas papan, atas tempat l ...

sah-sah la tau produk leluhur yang buat kat pulau ketam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.262717 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list