CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 0

Botol kaca terbuang jadi barang kraf

[Copy link]
Post time 31-5-2023 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Botol kaca terbuang jadi barang kraf


Norelan menunjukkan kraf ‘garden stepping stone’ bentuk tapak kaki yang dihasilkan daripada botol kaca. - NSTP/Aizuddin Saad


KUALA LUMPUR: Masalah berkaitan alam sekitar kerap kali dikaitkan dengan pencemaran sisa plastik yang memberi ancaman terhadap kesihatan manusia, hidupan liar dan habitatnya.

Namun, tidak ramai yang tahu botol kaca turut berpotensi menjadi salah satu pencemaran dan berbahaya kepada kesihatan barang itu sukar dilupuskan.

Prihatin dengan situasi itu, Pertubuhan Generasi Peduli Sampah (GPS), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menjaga alam sekitar dengan memproses dan menghancurkan botol kaca untuk mencipta inovasi baharu bagi mengatasi masalah pencemaran bahan itu.

Pengerusinya, Datin Norelan Ismail, berkata dengan memperkenalkan projek 'Recycle it Right and Upcycling Glass' ini ia dapat membantu menjaga dan melestarikan alam sekitar.

Katanya, menerusi projek ini, pihaknya akan memproses botol kaca dengan menggunakan mesin dipanggil 'glass2pasir'.

"Selepas botol kaca dihancurkan, kami akan bekerjasama dengan komuniti untuk memberikan kemahiran dan peluang membuat kraf untuk dijual.

"Antara kraf yang dihasilkan seperti pasu burung hantu, serigala, kucing, siput dan tapak tangan selain kraf 'garden stepping stone' bentuk kura-kura, rama-rama, tapak kaki dan bunga.

"Komuniti dapat mengikuti satu aktiviti yang dipanggil pot doddle, iaitu mereka akan melukis di atas pot kaca yang hancur itu.

"Kita akan membantu memberi kesedaran kepada komuniti untuk menjaga kelestarian alam sekitar," katanya pada majlis penutup Program NGO@Makerthon, baru-baru ini.

Norelan berkata, selain dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar, menerusi projek ini ia dapat menolong suri rumah, B40, pelajar dan komuniti lain menjana pendapatan.


Sebahagian produk berasaskan kaca yang menggunakan mesin dipanggil ‘glass2pasir’. - NSTP/Aizuddin Saad


"Apabila ada komuniti yang ingin membantu membuat kraf ini, bahan akan diberikan kepada mereka dan selepas siap membuat kraf, hasilnya dijual.

"Hasil jualan kami bahagikan 60 peratus untuk individu yang membantu dan 40 peratus kepada GPS.

"Walaupun begitu, wang diterima GPS bukan untuk kegunaan ahli tetapi akan disalurkan kepada komuniti lain dan bagi meneruskan lagi projek ini.

"Sejak projek ini diperkenalkan pada tahun 2020, pertubuhan GPS sudah menjana RM20,000 hasil jualan kraf ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya pernah menerima 500 tempahan kraf kaca hancur daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk menjadi cenderahati syarikat mereka.

Membantu penagih dadah ketika dalam pemulihan

Norelan berkata, antara kejayaan GPS adalah dapat membantu golongan penagih dadah ketika dalam pemulihan.

Katanya, ketika mereka (penagih dadah) dalam tempoh pemulihan, GPS akan mengajar membuat kraf ini dan membina semula minda mereka.

"Kita tahu pastinya sukar golongan ini mendapat pekerjaan ketika mereka keluar nanti, jadi kita bina minda mereka supaya apabila selesai tempoh pemulihan boleh buat kerja seperti ini dan bantu menjana pendapatan.

"Sebelum ini, kami ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, untuk mengajar mereka membuat kraf dan sambutan sangat baik.

"Kerjasama dan usaha ini akan diteruskan bagi membantu komuniti, selain menjaga alam sekitar" katanya.

GPS sangat mengalu-alukan, jika ada yang ingin memanggil pertubuhan itu untuk mengajar berkenaan pembuatan kraf kaca hancur daripada botol kaca ini.

"Dengan harapan, lebih banyak sekolah dan pusat komuniti menyertai projek ini.

"Yang berminat boleh menghubungi GPS menerusi laman facebook rasmi Generasi Peduli Sampah Malaysia," katanya.


Sebahagian produk berasaskan kaca yang menggunakan mesin dipanggil ‘glass2pasir’. - NSTP/Aizuddin Saad

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... ng-jadi-barang-kraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.213318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list