View: 1584|Reply: 27
|
Sedih! Pakcik Datang Kedai Cuba Jual Telefon Nokia Lama Untuk Beli Beras
[Copy link]
|
|
Gara-gara terdesak memerlukan wang untuk membeli beras, seorang lelaki warga emas cuba menjual sebuah telefon bimbit lama jenis Nokia.
Kisah sedih itu telah dikongsi oleh seorang peniaga kedai telefon dikenali sebagai Nor Asiah Khamis menerusi aplikasi TikToknya.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki warga emas itu membawa telefon bimbit yang diletakkan dalam plastik hitam.
TikTok
“Pakcik nak jual telefon bimbit ini, pak cik nak pakai duit,” kata lelaki tersebut.
Bagaimanapun peniaga tersebut memberitahu bahawa kedainya tidak membeli telefon lama dan menurut penjual itu harga semasa telefon itu pun sekitar RM50 sahaja.
Lelaki tersebut kemudian membalas dengan mengatakan bahawa dapat RM20 pun jadilah supaya dia dapat membeli beras.
Peniaga tersebut tidak membeli telefon bimbit itu, namun telah memberi sedekah wang kepada lelaki berkenaan berjumlah RM300.
Difahamkan kisah sedih itu dirakam disebuah kedai telefon bimbit di negeri Kedah dan perkongsian oleh peniaga itu telah mendapat lebih 116,000 tanda suka dan lebih 4,170 kali dikongsi.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna sedih dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut dan ada juga kalangan mereka yang sedia menghulurkan bantuan.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Camne deme ni bleh rakam sekali?
Moga2 ada la yg tolong pakcik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
hujung-hujung content bait jaa.. weols takleh percaya dengan generasi tiktok zaman sekarang.. sama macam video kena ragut dalam kedai emas minggu lepas.. sampai polis pun terpaksa keluar statement.. |
|
|
|
|
|
|
|
..Peniaga tersebut tidak membeli telefon bimbit itu, namun telah memberi sedekah wang kepada lelaki berkenaan berjumlah RM300....
HASANAH versi tiktok ke ni...alahai... kalau iya pun pakcik tu miskin melarat, apa hak kau nak rakam-rakam bagai, or else content semata-mata.... buto lahh..semoga melingkupppppp |
|
|
|
|
|
|
|
semalam kagum tgk orang up muka sendiri , hari ni kagum mmg zaman ni boleh sukahati langgar privasi orang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ye pon x betul
pakcik kalau nk beras utk makan
pakcik boleh p surau or masjid
skrng ni byk je surau masjid yg buat wakaf beras mcm ni
amik je
in fact baru2 ni iols nmpk dekat petronas ke mana ntah pon ada jugak charity mcm ni
ada gula tepung beras ha gitu |
|
|
|
|
|
|
|
ownership photo tu depends pada arangement of how and why the photo was taken. contoh kalau u hire photographer amik gambar majlis , owner photo is the photographer. thus, if someone took a photo or video of u in public , there is no cyber law against it unless otherwise untuk insult , memalukan atau melanggar privacy u.
dalam hal ni, kalau la kata si tukang amik video ni amik sebab nak memalukan pakcik ni atau melanggar privacy dia, pakcik ni can take actions. onus to proof is on pakcik ni. tapi si perakam can always say untuk viral dan menolong pakcik ni dari segi derma atau peluang kerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu betol beli beras pn x mampu mmg kesian.. umah aku selalu masak nasi x habis je |
|
|
|
|
|
|
|
Sat, siap tunjuk muka camtu.
Keluarga pakcik tu leh buat saman malu kalau cite HASANAH.
Aku ape2 kisah dari TikTok ni mmg aku telan dengan jumlah garam yang bnyk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 30-5-2023 10:47 PM
slyfynx replied at 30-5-2023 10:02 PM
Sat, siap tunjuk muka camtu.
Keluarga pakcik tu leh buat saman malu kalau cite HASANAH.
Ada satu video ni. Tunjuk si penjual nasi lemak melayan seorang pelanggan. So video tu pon viral dan penjual nasi lemak tu jadi popular sekaligus gerainya dikunjungi ramai pelanggan.
Then, i jumpa satu komen. Tapi tak ingat kat mana I baca komen tersebut. Katanya dia bertanya sendiri kpd penjual nasi lemak tu, "betul ke apa yg awak tunjuk tu? Atau konten semata? Penjual nasi lemak tu mengaku video tu hanya lakonan, utk konten. Konon utk tunjuk perangai pelanggan dari neraka yg selalu peniaga seperti dia hadapi.
Kesimpulannya, inilah dunia kita hidup skrg, dunia tipu-tipu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hati2, byk ngat garam kang dpt darah tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang ni, dok elok org tu senyap2 usaha nk teruskan hidup tau2 jadi konten lapar pujian org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kutu beras teruklah bertelur2 beranak2 mengakibatkan pembaziran beras |
|
|
|
|
|
|
|
Demi secebis content. Bab langgar privasi, buka aib orang campak ke tepi. Hujung2 up diri sendiri dengan bagi 'sedekah' rm300 |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 31-5-2023 01:07 AM
hujung-hujung content bait jaa.. weols takleh percaya dengan generasi tiktok zaman sekarang.. sama m ...
Kedai handphone kalau buat video jual phone
Mampus xde view. Tapi buat video bukan bukan
Ada la view. Kalau negara barat sana diorang explain
A to z produk yang di beli atau di jual.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 31-5-2023 02:41 AM
Ada satu video ni. Tunjuk si penjual nasi lemak melayan seorang pelanggan. So video tu pon viral dan ...
Perempuan dalam video ni yang menyamar
Jadi kustomer dia tu pun laki dia.
Laki dia bukan pure melayu
Laki dia mcm mamak / warga asing sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang content kan.. tu bapak dia berlakon. Dr semalam org tanya mana nak cari pakcik ni, dia dok jawab xpe kak dah sedekah blebleble.. tiber hari ni tu apak dia. Berlakon utk kesedaran..
Kesedaran la sgt padahal tkt kantoi..
Tu pun ada ummah tiktok memuji, bagus content akak.. byk kita dapat belajar.. aiyooo |
|
|
|
|
|
|
|
cait, aku baru nak kesian kat pakcik tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
x payah la record muka pakcik tu,,,,kesian plak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tp skrg semua nk kena rakam eh..dh xtau yg mana betul yg mana skdr content..
i xsuka medsoc wpn i pun aktifjgk la kt ig jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|