CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penganggur dituduh bunuh wanita warga emas

[Copy link]
Post time 31-5-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Suhaimi Shamsudin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada 16 Mei lalu. FOTO AZRUL EDHAM

Port Dickson: Penganggur, Suhaimi Shamsudin, 45, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada 16 Mei lalu.

Suhaimi yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Suhaimi didakwa membunuh Siti Aminah Mohd Amin, 67, pada 9 Mei lalu, antara jam 7.43 pagi sehingga jam 1.30 petang, di sebuah rumah di Batu 8, Jalan Pantai, Teluk Kemang di Port Dickson.

Berikutan itu, Suhaimi dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Vanita menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit milik mangsa.

Bagi kesalahan itu, Suhaimi didakwa di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tertuduh dalam rayuannya meminta jasa baik mahkamah untuk merujuknya ke Hospital Permai (Tampoi) kerana ada kes lampau pada 2002.

"Saya mohon hukuman denda dan ada adik ipar saya yang akan membayar jamin itu," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Jiwan Kaur Malkith Singh memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan dilakukan.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman denda RM3,000 dan jika gagal menjelaskannya, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh bulan.

Sebelum ini, media melaporkan, cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita warga emas.

Kematian mangsa pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kertas siasatan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan penahanan suspek berusia 45 tahun pada 16 Mei lalu, di sebuah rumah kampung di Kuala Klawang, Jelebu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-wanita-warga-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.030275 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list