View: 230|Reply: 0
|
[Johor]
Hilang separuh tempurung kepala akibat terlanggar lubang
[Copy link]
|
|
Mohd Faizal ketika di rumahnya. FOTO Mary Victoria Dass
Pasir Gudang: "Dia menjadi harapan keluarga sebelum ini, malangnya doktor terpaksa mengeluarkan sebahagian tempurung di kepala disebabkan hentakan kuat dan darah beku akibat kemalangan motosikal," kata Sufiah Awang.
Warga emas berusia 65 tahun itu berkata, tanggal 7 Mac lalu adalah hari sukar dilupakan buat anak sulung dari tiga beradik, Mohd Faizal Abdul Rahman, 38, apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari tempat kerja di Pasir Gudang ke rumah di Taman Megah Ria, Masai di sini.
Menurutnya, ketika itu Mohd Faizal terlanggar lubang di jalan hingga terjatuh dan keadaannya agak kritikal dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) lebih sebulan.
Katanya, akibat kemalangan itu doktor terpaksa mengeluarkan tempurung di kepala Mohd Faizal.
"Malah kami juga dimaklum bahawa Mohd Faizal perlu menjalani pembedahan semula untuk memasukkan semula tempurung kepala yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan.
"Sekarang Mohd Faizal sudah pulang ke rumah namun dia masih tidak mampu berjalan dan hilang upaya untuk bekerja.
"Sebelum ini dia menyara kami sekeluarga termasuk adik keduanya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dengan bekerja di bengkel dan pendapatan bulanannya kira-kira RM2,000.
"Kini hanya keluarga saja tempat Mohd Faizal bergantung harap untuk menguruskan dirinya selain dia juga memakai lampin pakai buang kerana masih lemah hingga sukar bangun atau bergerak," katanya.
Sufiah berkata, Mohd Faizal juga hidup membujang selama ini kerana sibuk mengurus keluarga.
Menurutnya, anak keduanya, Mohd Razid yang dilahirkan pra matang juga berperwatakan seperti kanak-kanak dan tidak mampu hidup berdikari.
Katanya, buat masa ini, anak bongsunya, Nor Assikin, 30, mengunjunginya hampir setiap hari dan membantu memberi jagaan kepada kedua-dua anaknya itu secara bergilir-gilir.
"Faizal memerlukan sekurang-kurangnya 20 bungkusan lampin pakai buang pada setiap bulan dan kosnya kira-kira RM400.
"Daripada segi pemakanan, kami juga sentiasa berjimat dan makan apa yang ada saja namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga memahami situasi sukar ini," katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Hong Leong 32601026948 atas nama Mohd Faizal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-terlanggar-lubang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|