View: 3922|Reply: 100
|
Lelaki Hanya Dapat Cuti Paterniti 2 Hari, Majikan Paksa Datang Kerja- Balik Rumah Isteri Sudah Kaku Tak Bernyawa Di Sisi Bayi Usia 4 Hari
[Copy link]
|
|
Seorang suami dari Sabah kehilangan isteri tersayang yang baru empat hari melahirkan anak pertama.
Exly Jailon berkata dia tidak menerima cuti khas yang diperuntukkan untuk suami apabila isteri bersalin (cuti paterniti) seperti yang ditetapkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, sebaliknya hanya diberikan dua hari sahaja.
Semasa membuat permohonan tersebut pula, dia mendakwa diberikan 'kata dua' oleh pihak majikan 'bagus lagi kalau kau turun kerja' seolah-olah meminta untuknya hadir bekerja seperti biasa.
Foto: FB
Disebabkan tuntutan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk menguruskan isteri serta anak yang baru dilahirkan sehingga isterinya meninggal dunia pada 9 Mei lalu.
Difahamkan, cuti paterniti yang diterima hanyalah dua hari, bermula 5 hingga 6 Mei dan syarikat tersebut baru beroperasi kira-kira enam bulan.
Di Facebook dia neluahkan berasa sedih dan terkilan dengan kejadian menimpa turut membuat beberapa hantaran yang menceritakan situasi dialami.
"Saya mati-mati (bersungguh-sungguh) kerja... gara-gara itulah saya balik kerja, buka pintu nampak mendiang isteri sudah kaku tidak bernyawa! Bayi menangis bersebelahan. Kamu faham perasaan saya?"
Sudah 22 hari telah berlalu, namun apa yang dirasainya masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam berlaku.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibayar gaji sepanjang tempoh berkabung.
"Lebih baik saya cuti tanpa gaji saja untuk jaga mendiang isteri dulu. Orang cuti berkabung pun kena non pay leave," coretnya lagi.
Malah katanya, sejak kejadian tersebut, hatinya sentiasa diruntun pilu selain sering mengalirkan air mata.
Bercerita lanjut tentang situasi yang dialami Exly, Harayanie Haraa berkata, perkara yang menimpa rakannya itu sangat menyentuh perasaan.
Tambahan pula dia dimaklumkan bahawa Exly menemukan mendiang isteri sedang kaku bersebelahan anak berusia empat hari yang sedang menangis kelaparan.
"Gaji dia juga dipotong selama 13 hari di mana pada masa tersebut sedang berkabung dengan pemergian mendiang," kongsinya lagi.
Susulan daripada itu, Harayanie meminta supaya Undang-Undang Hak Asasi Pekerja di Sabah dibuat penelitian semula supaya dapat diubah mengikut kesesuaian.
Dia turut mempersoalkan kewajaran cuti paterniti Sabah yang hanya dua hari berbanding Semenanjung yang sudah menetapkan tujuh hari.
Lelaki ini menyatakan dia perlu mengambil cuti tahunan bagi membawa isterinya ke klinik. Gambar kanan, tangkap layar perbualan bersama majikan
"Kenapa beza betul Sabah dengan di sana (Semenanjung).
"Syarikat tempat saudara ni bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini sedangkan minta cuti untuk jaga mendiang pun, syarikat suruh turun kerja.
"Dia bekerja sebagai pemandu penghantar bekalan untuk cawangan. Bukan pemandu gaji lebih daripada RM1,500?" ujarnya lagi yang berharap terdapat pihak yang sudi untuk memperjuangkan masalah rakannya itu.
Malah katanya, kejadian berlaku pada 9 Mei lalu tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.
Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen kurang senang selain berasa marah dengan insiden yang berlaku terhadap Exly.
"Banyak syarikat di Sabah ni memang majikan kurang ajar... kalau potong gaji punya main laju. Hak pekerja dia sambil lewa.
"Kelemahan sistem dan tidak strict (tegas) di Sabah sendiri. Apa kuasa JTK (Jabatan Tenaga Kerja) terhadap company di Sabah? Tiada pemantauan yang dilakukan," ujar beberapa warga maya.
Tidak kurang juga meminta nama syarikat didedahkan kepada umum selain turut mengetik Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
omg ni kejam maksimum ni
kesian budak tu, tak sempat kenal mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau private sector paternity leave mmg ikut tekak majikan ye?
salam takziah, kesian baby menangis lapar agaknya ibunya dah beberapa jam meninggal kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah kesiannya mereka. Ini memang majikan kejam sgt2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
kesian anak tu. mmg hanat kejam sggh la |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana: kalau private sector paternity ...
Ada undang2. Skrg dh 7 hari.tp majikan ni le buat undang2 sendiri. Btw, dr meroyan kt fb baik la mamat ni pi report kt pej jtk |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana: kalau private sector paternity ...
Ye, bukan kata paternity.. ko terlantar kat hospital pon kena kacau. Mc tu buat perhiasan je la. Pengalaman aku maternity tanpa baby, masuk minggu ke2 dah kena kacau dengan alasan "hidup kena diteruskan. Kat rumah bukan kena jaga baby pon". Aku balik dari maternity leave pon kena warning acah2 nak bagi rating rendah sebab 3 bulan x productive katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk zaman now, perlu gak berckp di medsos spy sume org alert. Baru agensi yg b'tanggungjwb stat keta turun padang sbb org bising². |
|
|
|
|
|
|
|
Harap majikan dia tiap kali tidur malam, mimpi mendiang bini pekerja dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sial nye majikan u tu….semoga benda yg buruk berbalik kt dia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 31-5-2023 08:01 PM
Harap majikan dia tiap kali tidur malam, mimpi mendiang bini pekerja dia
Dtg jadi pontianak pun ok kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 PL 3 hari je...ok je kalau ada family bantu tlg tgk2kan...btw apa punca kematian
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 31-5-2023 07:07 PM
Ye, bukan kata paternity.. ko terlantar kat hospital pon kena kacau. Mc tu buat perhiasan je la. P ...
Astaga hanat sgt yg cakap camtu. Boss ke? Mintak kena santau agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan iols maternity pun boss dia harap dia buat kerja. Masuk ward sebelum bersalin pun boss dia suruh kerja bawak laptop.. |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan kat malaysia teruk2...iols pun mcm giveup keje skrg... Semua ditekan.. |
|
|
|
|
|
|
|
starting 1 Jan 2023 ritu maternity dah naik 98 days and paternity 7 days ( incl sat, sun , PH)
tapi sebelum 1 jan ritu, mmg ikut kampeni nak kasik berapa, sbb takde digazette dlm labour law. jikalau takde allocation sekali pun, boleh je bg staff tu apply AL. After ol kan bini nyer bersalin... kut kampeni tade compassion hati perut, baik hire robot je lepas ni
sabah swak ni meols tak berapa nak tawu, sbb mmg deme lain sikit labour law tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 31-5-2023 08:42 PM
starting 1 Jan 2023 ritu maternity dah naik 98 days and paternity 7 days ( incl sat, sun , PH)
...
ooo labour law depa x sama ke dgn kita semenanjung?
mcm keji gak la majikan dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
majikan kat malaysia mmg puaka ye. perangai kejam bawak dari leluhur mainland agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kerajaan 'membenarkan/meluluskan' kapitalis menggunakan falsafah..."LU takmok..PATI/warga asing banggala,myanmar,nepal,indon,rohingya,pilak,pakis,sri lanka & apa2 ntah lg...ada maaa...wa takut apa u benti/takmok kerja,buang u". |
|
|
|
|
|
|
| |
|