CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2807|Reply: 21

Guru Buat Spot Check Sedih Berpuluh Pelajar Toreh Tangan Sebagai Terapi Depresi

[Copy link]
Post time 1-6-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Sudah menjadi trend bagi pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menoreh lengan sebagai terapi menghilangkan depresi.


Kegiatan menoreh dikenali sebagai barcode itu semakin berleluasa dan lebih membimbangkan apabila mereka seolah-olah tidak merasai kesakitan akibat perbuatan mereka.




Gambar hiasan




Hasil temu bual Kosmo! dengan beberapa mangsa mendapati, kebanyakan mereka yang sanggup menoreh lengan sendiri sehingga berdarah dan berparut adalah mereka yang sedang mengalami tekanan hidup atau depresi.


Seorang penuntut IPT yang ingin dikenali sebagai Ila, 23, mengakui dia menoreh lengannya sendiri hanya kerana ingin melupakan masalah yang mengganggu fikirannya ketika itu.


“Saya pernah menjadi mangsa seksual oleh sepupu sendiri selain masalah keluarga yang tidak pernah habis sehingga ke hari ini. Saya mula mengalami tekanan sejak di sekolah rendah lagi.


“Setiap kali sendirian, saya akan dibayangi kesengsaraan lama, buatkan saya tertekan sehingga menoreh lengan supaya dapat menghilangkan tekanan. Saya lebih rela sakit akibat luka daripada sakit otak,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Dia juga tidak menafikan, ada kalanya diganggu oleh satu ‘bisikan’ yang memaksanya mence­derakan diri sendiri dengan cara menoreh lengan.


“Saya ada makan ubat hospital untuk mengatasi depresi, tetapi tidak semua waktu ia sesuai dan saya rasa dengan melukakan diri, ia membuatkan saya lebih tenang,” ujarnya.


Seorang pelajar sekolah menengah, Aidini, 17, pula berkata, dia berdepan dengan masalah kemurungan tahap serius sejak dua tahun lalu sehingga sanggup mencederakan diri sendiri.


“Perasaan sunyi, berfikiran negatif, tertekan dengan perceraian ibu bapa saya antara sebab saya menghadapi masalah ini.


“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ibu bapa saya bercerai dan saya bersama adik tinggal dengan ibu.




ANTARA perkongsian seorang guru disiplin yang mendedahkan kegiatan ‘barcode’ dalam kalangan pelajarnya.




“Hidup kami berubah 360 darjah apabila hari-hari ibu marah saya sebab dia sendiri tertekan kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya seorang diri.


“Pada suatu hari, ibu sanggup tampar muka saya, sehingga saya merajuk dan berkurung di dalam bilik mandi. Tanpa sedar, saya ambil pencukur dan lukakan lengan dan akhirnya lega sampai tertidur kepenatan,” ujarnya.


Menurutnya, sehingga kini dia masih melakukan perkara sama setiap kali tidak dapat menanggung perasaan marah dan tertekan gara-gara membesar dalam sebuah keluarga ‘hancur’.


Berbeza pula dengan cerita seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Alif, 19, berkata, angkara kecewa dalam percintaan, dia sanggup mencederakan diri sendiri sehingga terpaksa dirawat di hospital selama dua hari.


“Mula-mula saya hanya toreh dua tiga garis pada lengan dan hantar gambar kepada bekas kekasih dengan harapan dia akan kasihan saya.


“Tetapi saya silap, dia siap cabar saya untuk buat lebih teruk kalau betul sayangkan dia, sehingga saya dirawat di hospital selama dua hari akibat kehila­ngan darah yang banyak.


“Sebab perempuan ramai lelaki boleh jadi bodoh, sama macam saya selepas ditinggalkan wanita,” ujarnya.


Katanya, kali pertama dia menoreh lengan pada 2016, dan sehingga kini, dirinya seperti sudah ‘ketagih’ untuk melakukannya lagi terutama ketika berada dalam perasaan kecewa.


“Kalau 2016 dahulu saya buat sebab perempuan, tapi sekarang macam ketagih. Setiap kali ada masalah, rasa kecewa dengan diri sendiri, saya toreh anggota badan termasuk betis dan paha,” ujarnya.


Dalam pada itu, seorang guru berkongsi kisah pelajarnya yang turut terjebak dengan trend barcode apabila dia mendedahkan tujuh daripada 15 pelajar perempuan di dalam kelasnya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral tersebut.


“Ada yang buat sebab suka-suka. Nampak kawan-kawan buat, nampak ada konten di media sosial ada orang
buat, dia buat juga. Stres sikit, ambil pisau toreh-toreh di tangan. Rasa lega katanya lepas buat.


“Punca paling banyak adalah hadapi masalah keluarga. ­Solusi? Buat barcode pada tangan untuk lupakan masalah dan ibu bapa pun tak tahu anak-anak mereka melakukan perkara ini,” katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik juga bila ada kegiatan barcode ni. Dulu ada juga dengar dari kawan atas kawan pernah la toreh tangan tapi amat amat jaranglah. Moga terhindar keturunan dari perbuatan macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:56 PM | Show all posts
eee dah lama kut

ex colig meols dullu pun suke toreh2 ni

mmg budak tu mental
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:13 PM | Show all posts
klu dlm gambr tu kategori acah2
sbb nmpk mcm scratch je
yg btl2 deep tahap fatal ada x

aje giler bebudak sunat laser nih

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kan, budak2 gen Z sekarang tersangatlah kurang ajar!!!! Lepas tu acah depresi. Ni bukan depresi sampai tengking2 orang, tapi lebih kepada tak ada adab & tsk diajar ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku citer sekolah dia cikgu ade gak bt sport check ni .selain bg ujian minda..ade beberapa org yg cikgu kata dr ujian tu kn refer ke doctor.. tp cerdik budaknye.. lawa pun lawa.. tp x de la mencederakan diri...senior2 ramai gak kata nye yg bt gini.. pasal remeh2 je anak aku ckp sbb puts cinta la..sbb pakwe x reply wasap la...mcm lebih meraih perhatian dr yg ujian minda yg kn refer kat doctor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
trend toreh tangan ni, zaman pertengahan 90an pun dah ada..kira trend berulang la ni..cuma skrg acah2 toreh sebab depresi..pdahal setakat bagi calar balar gitu je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
90an Dulu dorg toreh tangan letak nama bf. Tak kuasa aih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 04:12 PM | Show all posts
dr dulu lagi dah ada...kawan2 aku toreh guna pisau sharpener atau jarum peniti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosmet aiols ada sorang gini. Toreh tangan, toreh peha. Cina. Tapi dia pelajar cemerlang hokeh. Sekarang dah selamat jadik lecturer.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat nama barcode? Iols tgk mcm crinkle fries jah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iolls dulu bkn toreh2 tngan..
Dipakainya getah pengikat plastik tu kat tngn sbb depresi dgn mslh fmly.. Fmly have2.. Anak tunggal
Di sbbkn sheolls, dpt la iolls sama2 ddk dlm bilik khas kat hostel dulu.. Dah x pyh berkongsi bilik air/mandi dgn pelajar lain.. Sheolls kembali normal bila ada bf.. Yg x menahannya kehulu kehilir dok mengelek sweater si bf.. X lekang2 diciumnya.. Nmpk a bit erkk jgk la sbb sheolls agak muslimah jgk orgnya.. Cikgu2 kat sana rmai yg pnggil sheolls hajah sbb dah buat haji masa form4..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada bekas studen af pun suka toreh2 tgn ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gen z mmg masalah, biadab xde adab, tiada empati, apa parent sekolah ajar
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 1-6-2023 09:34 PM

Toreh2 tangan sebab trauma jadik mangsa keganasan tuh haku paham la, sebagai seorang mangsa buli budak puaka celaka lahabau lahanat dajjei ni memang haku ludahkan aja pembuli puaka tak guna ni. Moga mereput dalam lobang nuraka tingkat ke 7 gaytohhhh.

Tapi toreh2 tangan sebab cinta monyet kera beruk matnyeh zaman sekolah? Hurmmmm. Lemahhhhhh!
Spenda pon mak bapak beli, sekolah pong tak habis ada hati nak bercintan kera beruk matnyeh babiss terbang bagai.. yihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mengadanyeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu bukan tolong sedih je ye sebab barcode tu tapi bagi la bantuan jugak. Bantuan emosi terutamanya. Banyaknya nak menghukum je. Cukup la netizen je dgn gelar dorang macam2. Harap cikgu2 ada la sikit empati utk anak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak pompuan mrsm ramai buat trend barcode ni.
Yg buat ni pulak mostly budak2 bijak dan dari keluarga have2.
Anak lecturer, engineer pon hado.
Yg menariknya mak pak depa tk tahu pon.
Asyik la dok komen kes anak org lain kat group wassap sekolah.
Sampai turn anak depa kena panggil nnt termasuk mak pak sekali kena dtg mengadap lembaga disiplin baru ada akai kot pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
masa i kt asrama dlu mmg ramaii k yg share dorg oernah try utk bunuh diri sbb xhappy ngan family..mak ayaj cerai..terkejut jgk la sbb nmpk dorg lg happy dr i yg selalu sedih sedih gituu..
kwn kt tmpt kerja pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 12:48 AM | Show all posts
Kesiannya. Baru 3, 4 hari lepas aku tgk movie netflix tentang remaja ni yg alami masalah macam ni. dia lukakan tangan mcm tu lah. Puncanya ibubapa bercerai dan ayahnya kawin lain. Kesian sungguh. akhirnya dia bunuh diri. sedih ceritanya. Soal depressi dan anxiety ni jgnlah ambil ringan. Kita kena peka terhadap perasaan org2 yg kita sayang dan kawan2 kita. Tambah2 dlm zaman soc media ni, byk cabaran bagi yg agak lemah dan sensitive.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076393 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list