CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Hiba angkat mayat rakan sendiri

[Copy link]
Post time 4-6-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

ROSLEE Mustaffa meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Jalan Palong-Pasir Besar, Tampin hari ini.

Tampin: Perasaan hibanya sukar dibendung apabila mengangkat mayat rakan yang sudah dianggap seperti adik-beradik, yang terbabit kemalangan di Jalan Palong-Pasir Besar, hari ini.

Ezzuan Ahmad, 43, yang juga wartawan sambilan TV3 tidak menyangka rakannya, Roslee Mustaffa, 56, dijemput Ilahi ketika mereka berkonvoi motosikal berkuasa tinggi ke Melaka.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Roslee yang menunggang Kawasaki Z1000SX meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan termasuk lori dan Proton X70.

"Sebagai wartawan, kita melaporkan kejadian yang menimpa orang lain, namun kali ini tidak sangka saya berdepan situasi yang membabitkan sahabat sendiri.

"Kami sudah lama saling mengenali dan ibarat adik beradik dalam kumpulan permotoran ini, jadi sudah tentu sedih apabila kejadian ini menimpanya," katanya ketika dihubungi.

Ezzuan berkata, dia dan 13 rakan termasuk arwah Roslee ke Melaka untuk menghadiri program minggu motosikal dan mereka bergerak dari Kemaman, Terengganu pada 8 pagi, sebelum berhenti rehat di Muadzam Shah, Pahang yang mana arwah dilihat banyak kurang bercakap.

"Kebiasaan apabila berkonvoi arwah akan berada di barisan tengah atau belakang, namun kali ini arwah mahu berada di hadapan, seolah-olah mahu mengetuai konvoi," katanya yang memaklumkan mayat rakannya dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila dua motosikal berkuasa tinggi memasuki laluan bertentangan dengan sebuah daripadanya melanggar lori muatan ayam.

"Sebuah lagi motosikal yang berada di belakang motosikal pertama sempat mengelak, namun melanggar Proton X70 yang berada di belakang lori.

"Penunggang motosikal, Roslee Mustaffa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mayat-rakan-sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 12:13 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.099234 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list