View: 240|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Masyarakat Orang Asli bimbang kemunculan harimau kumbang
[Copy link]
|
|
Amin Kassim menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai harimau kumbang yang ditemui di halaman rumahnya. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Kuala Pilah: Dua anjing milik sepasang suami isteri Orang Asli di Kampung Kalang Meranti, di sini, dipercayai mati akibat dibaham harimau kumbang, hari ini.
Pasangan terbabit, Amin Kassim, 53, dan Zawiyah Jeyih, 53, sebelum itu mendengar salakan anjing pada jam 11 malam tadi dan ketika meninjau dari rumah, anjing berkenaan dilihatnya menyalak sambil memandang ke arah hutan di seberang jalan.
Menurut Amin, terdapat tujuh anjing peliharaannya berada di kawasan rumah ketika itu dan dilihat berlegar-legar seolah tidak senang duduk selain dia turut terhidu bau hamis.
"Saya lihat ekor anjing terlipat ke bawah dan mengikut kata masyarakat Orang Asli, jika kedudukan ekor anjing terlipat ditambah pula dengan bau hamis, itu petanda kehadiran harimau kumbang.
"Pada jam 2.50 pagi, sekali lagi anjing kami menyalak dan bau sama semakin kuat dan saya kemudian membuka pintu sebelum ternampak kelibat sesuatu yang melarikan diri ke dalam hutan," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Amin berkata, dia kemudian membuat pemeriksaan sebelum melihat tompokan darah dan kesan tapak kaki harimau manakala dua anjingnya hilang dipercayai dibaham haiwan berkenaan.
"Ini kejadian kali ketiga kemunculan harimau kumbang selepas ia muncul pada bulan lalu dan saya pernah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), 20 Mei lalu," katanya.
Menurutnya, dia dan keluarga bimbang dengan kejadian itu kerana haiwan terbabit berkemungkinan boleh mengancam nyawa penduduk di kampung berkenaan.
Justeru, dia berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu yang mencetuskan kebimbangan penduduk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-harimau-kumbang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|