CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2546|Reply: 37

Bapa Tarik Anak Perempuan Dalam Tasik Sebelum Mati Lemas Bersama-Sama

[Copy link]
Post time 7-6-2023 06:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang bapa menarik anaknya yang dipercayai sudah mati lebih awal ke tengah tasik telah membuatkan dirinya mati lemas dalam kejadian di Taman Tasik Metropolitan Kepong


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan penemuan mayat seorang lelaki dan seorang wanita tempatan sekitar pukul 10 pagi.


Foto: Kosmo




Menurutnya, selepas menerima panggilan itu, sepasukan polis daripada Balai Polis Kepong telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.


“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mayat dijumpai lengkap berpakaian. Mayat wanita berusia 30 tahun ditemui dalam keadaan terapung manakala mayat lelaki berusia 72 tahun telah tenggelam di dasar tasik pada kedalaman 2 meter (m).


“Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sekitar satu jam sebelum ditemui, punca awal kematian masih dalam siasatan” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Ahmad Sukarno, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan dokumen pengenalan diri mangsa mendapati kedua-duanya mempunyai hubungan bapa dan anak.


Jelas beliau, keterangan awal daripada saksi yang melihat kejadian mendapati seorang lelaki sedang mengheret mayat seorang wanita yang telah lemas ke dalam tasik.


“Saksi telah cuba memberikan bantuan dengan memujuk individu tersebut naik ke atas tebing tetapi tidak dipedulikan mangsa dan terus menuju ke arah tengah tasik sehingga lemas.


“Kedua-dua mayat tersebut telah dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.


Justeru, Ahmad Sukarno menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di talian 03-40482206 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Najib Endut dari Balai Polis Kepong di talian 03-62742222. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Double suicide.  Kesian mendiang bapanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Paknya terkilan kot ank bunuh diri dia pun sama pergi.. habis citer. Xde tanggungan di tinggalkn xpe la, kalau ada buat naya…
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Double angker kawasan tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesian nya mesti apak dia rasa tenggelam punca tgk anak dah gone, lalu he pun men-gone kan diri jua
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sayunye berita ni, kasih bapa sanggup ikut mati bersama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hokeypokey at 7-6-2023 07:11 PM

sayunye berita ni, kasih bapa sanggup ikut mati bersama..

double triple post plak.. camne nk delete???
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sayunye berita ni, kasih bapa sanggup ikut mati bersama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tu je hrpn dia kot..semoga bersemadi bersama..mslhnya ank dia dh mati yg dia heret mayat ank dia sekali ke tasik buat apa..nk bg bdn dia tengelam ke?
dlu senior i letak batu dlm beg lali dia terjun kt tasik dlm uni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah anak perempuan nye sampai bunuh diri....mesti Melayu terlalu racist kat diorg kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dalam pun tasik tu kalau 2meter je ke dasar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 12:53 AM | Show all posts
sedih sangat baca berita... mungkin anak tu je punca dia dapat teruskan hidup... kalau dah takde anak takde sape2 dia dah tak tahu apa tujuannyaa...

semoga tenang di sana...

tak kira lah sape pun theyols dan agama apa pun theyols semuanya iols doakan masuk syurga .. itulah doa yang paling baik untuk insan2... tak kira la theyols bukan islam sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmn tasik metropolitan kepong yg org dok main layang2 kan? Walau tak dalam tapi luas. Boleh je lemas kalau tak pandai berenang. Bakalan angker kah? Pasni taknak la g sana ptg2 pusing satu tasik sampai ujung dah senja seremmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 09:29 AM | Show all posts
hmmmm komppomla xsorga
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:00 AM | Show all posts
uncle cina tu bunuh diri kot.... mana tau kot selama ni anak dia yg jaga dia sbb dia dah tua.. bila anak dia mati.. so diapun nak mati sama-sama sbb dah x der siapa nak jaga dia.... agaknyer laaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:23 AM | Show all posts
sedih baca. mendiang ayah dia la kesian. maybe he was so sad that he thought he'd be better off gone too
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 10:45 AM | Show all posts
edayildiz replied at 7-6-2023 07:36 PM
tu je hrpn dia kot..semoga bersemadi bersama..mslhnya ank dia dh mati yg dia heret mayat ank dia sek ...

sorry ot.

you study di unimas dulu? kisah your senior tu circa 2011-2013 kalau x silap. kalau silap ampunkan meols
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
twins replied at 8-6-2023 10:00 AM
uncle cina tu bunuh diri kot.... mana tau kot selama ni anak dia yg jaga dia sbb dia dah tua.. bila  ...

Iols pun rasa cenggini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-6-2023 07:36 PM
tu je hrpn dia kot..semoga bersemadi bersama..mslhnya ank dia dh mati yg dia heret mayat ank dia sek ...

Senior tu selamat ke dak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 11:42 AM | Show all posts
Samerosie replied at 7-6-2023 06:08 PM
Double suicide.  Kesian mendiang bapanya.

Double suicide? How do you know

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.304204 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list