12 individu termasuk empat doktor perubatan swasta selain dua pegawai agensi kerajaan dan enam orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dipercayai terbabit aktiviti pemalsuan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang dalam satu serbuan berasingan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
Pegawai SPRM sedang melakukan pemeriksaan di beberapa klinik sekitar Lembah Klang semalam. FOTO IHSAN SPRM
Katanya, pemohon iaitu orang awam akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu.
“Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun ianya tidak berlaku.
“Kemudian dengan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan, mereka akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut.
“Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan,” katanya di sini tadi.
Jelas sumber lagi, pemohon atau orang tengah kemudiannya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.
“Sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.
“Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes,” jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 ASPRM 2009.
“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur esok kira-kira pukul 8.30 pagi untuk urusan permohonan reman,” katanya.
Semakin tinggi, canggih teknonoly, semakin segala macam benda boleh palsukan. Dulu2 setakat janji2 dan cinta palsu, sekarang jgn kata sijil, makanan pun boleh dipalsukan. Tu belum kira wajah, jantina dan kemaluan palsu. Hidup dlm kepalsuan sebenarnya kita ni. Suatu hari tak mustahil kita pun dah tak dapat nak beza mana palsu mana tidak.
Post time 7-6-2023 11:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Patutnye rasuah ni dah kena buat hukum gantung.....sebab ni dah kira jual negara...senang2 keluar sijil bg org luar taraf warganegara.makan subsidi negara....lastnye org sendiri merempat.tgok dekat kl tu dah mcm bukan Malaysia.tak mustahil negeri lain pon jadi mcm tuh...tu pon tak sedar org luar jadi tokey org kite masih bergelek kt tiktok...
Post time 8-6-2023 08:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kenalan i yang doctors, lawyer, polis setahu i buat side job yang tak legal juga....salahgunakan profession..i rasa ramai mcm ni....kantoi dgn tak kantoi je.
Post time 8-6-2023 02:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sel otak tak berhubung pulak
Apa jenayah yg berkaitan dgn sijil kelahiran palsu? Rasanya dah banyak tengok crime thriller tapi tak perasan tema gini. Maybe negara lain tak de surat beranak and ic
Post time 9-6-2023 07:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
So, dah berapa ramai anak PATI jadik warga ummah ibu pertiwi? Adakah termasok 1.2 jota ummah negara terpaling selera eksotik PRC yg ilang tanpa dikesan dlm tanah ibu pertiwi jugekk?
Post time 9-6-2023 07:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dr Azam Rauzan pun pernah didapati bersalah kes palsukan dokumen. Skrg aman2 je dgn wife baru (mak intan ke siapa entah pelakon yg macam budak sekolah tu)
Post time 9-6-2023 07:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TOPwind replied at 7-6-2023 11:03 PM
perkara ini dah banyak berlaku
Hospital swasta cina ????
Kat tempat aku ni, ada indon suami isteri. Suami dah dapat ic biru, isteri guna permit suami. Daftarkan anak pati sedara diaorg sbg anak sendiri. Rekod check up hospital tu buat kat hospital swasta cina kat puduraya.
Ada satu lagi, mak indon, bapak bangla. Surat beranak nama mak shj. Daftarkan anak kpd ibu angkat melayu,padahal anak tak pernah tinggal dgn mak angkat tu. Pelik jkm tak pernah spot check. Skrg dah dapat ic biru. Mak kandung(indon) cakap, nanti anak dia dah 18 tahun boleh taja dia ddk kat Malaysia sbg ibu kpd warganegara.