View: 248|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu, bapa tiri mengaku tidak bersalah didakwa semula
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Suami isteri yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengekalkan pengakuan tidak bersalah dalam pendakwaan semula atas pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, VM Mabel Sheela.
Mengikut kertas pertuduhan, S Nagendran, 23 dan A Sangeetha, 23 yang yang sedang hamil tiga bulan didakwa dengan niat bersama bertindak secara cuai terhadap kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya.
Manakala Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan tertuduh dijamin RM7,000 setiap seorang, selain perlu melapor diri sebulan sekali di Balai Polis berhampiran, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 9 Julai depan.
Semalam, mereka dilepaskan tanpa dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal mempertahankan pertuduhan pindaan selepas pasangan itu menukar pengakuan kepada mengaku tidak bersalah.
3 Mei lalu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
S Nagendran dan A Sangeetha mengaku tidak bersalah ats pendakwaan semula bertindak cuai terhadap kanak-kanak lelaki di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO OMAR AHMAD
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alah-didakwa-semula |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|