Kota Marudu: Gara-gara minum air berkarbonat campur spirit, seramai 20 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Pitas dimasukkan ke hospital selepas keracunan hidrokarbon.
Semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan HQE II.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal mendedahkan seorang pelajar membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol spirit dari sebuah kedai runcit kira-kira 1 tengah hari, 6 Jun lalu.
Foto: Harian Metro
Katanya, salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua cecair itu lalu minum beramai-ramai.
"Sebaik meminum campuran itu, tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat kepada warden asrama sebelum dibawa ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan untuk mendapatkan rawatan.
"elajar itu bagaimanapun diarahkan pulang dan datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zairolnizal berkata, dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dan dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan Skala Koma Glasgow (GCS) lemah dan dirawat melalui intubasi.
Katanya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke HQE I dan HQE II serta sedang dirawat di Unit Kecemasan.
"Manakala 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala semua mangsa dalam keadaan stabil.
"Berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala itu adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.
"Sebaik mengesan botol spirit yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum," katanya.
Beliau berkata, pekerja kedai runcit terbabit turut mengesahkan seorang pelajar datang ke kedai untuk membeli cecair spirit dan minuman bikarbonat.
"Setakat ini tidak ada sebarang keterangan yang boleh mengaitkan kes dengan sebarang unsur jenayah," katanya. -CARI
Methanol poisoning la tu... Mujur x buta mata tu haa... Dulu2 kedai todi/samsu ni malas nak tunggu fermentation ethanol secara semulajadi, depa pi campur saja dengan methanol ni... Itu ramai yg mati minum spiked toddy tu...
adoi dik... bukan semua spirit boleh minum dik..... ada 3 jenis spirit dik dlm dunia ni 1 je boleh minum...
1) rectified spirit a.k.a neutral spirit (boleh minum). ni buat daripada jagung, cereal, bit, tebu dll. ni yg kasi ko happy hour.
2) white spirit aka mineral spirit - walaupon perkataan "mineral" tu sendiri sesuatu yg elok mcm harmless & alami, tapi tak boleh minum dik, bukan semua "mineral" tu bagus dik... ni hydrocarbon dik..
3) spirit spirit of the coin - tak bawa mati, ni ko boleh seru dan terus boleh berpura2 mcm kena rasuk.
spirit tu apooo?
sesape boleh explain apesal theyols minum benda tu...
awat tak minum ketom je dikkk oiii...
kalau mampos rugi jah... lagi2 yang herlok... yang herlok ni kita kena selek...
kalau yang tak herlokkk baru lah kita kata lebih baik gittuh semoga tenang di sana..
Post time 10-6-2023 04:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Citer dia camni:
"Aku suh ko beli sprite bodoh...yg ko beli spirit tu campoq ayaq dh kenapa sial,babi,bodoh"-Budak Sunat Laser 1.
"cam sama jer bang"-bdk sunat laser 2.