CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Terengganu] Perairan Terengganu 'mewah' sotong

[Copy link]
Post time 10-6-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Dungun: "Tahun ini paling pelik dan mencatat sejarah dengan kebanjiran sotong yang menyerang perairan Terengganu," kata nelayan, Mohammed Noor Yusof.

Mohamed Noor, 62, yang mempunyai dua buah bot berkata, musim sotong kali ini mendatangkan rezeki ribuan nelayan di Terengganu serta orang ramai yang mengambil peluang memukat dan mencandat sotong.

"Memang banyak sotong kali ini. Bukan saja di Dungun, malah rakan nelayan di Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman turut mendakwa berlaku perkara yang sama.

"Kalau lihat di tengah laut sepanjang perairan Dungun, Paka dan Marang bagaikan pesta cahaya," katanya ketika ditemui di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun.

Menurutnya, dia sangat bersyukur apabila kedua-dua buah bot miliknya masing-masing pulang dengan membawa dua tan tangkapan sotong hari ini.

"Sotong mulai menyerang pertengahan bulan lepas dengan hasil tangkapan lima tan dan sepanjang tempoh bulan Jun ini saja saya dapat sembilan tan tangkapan.

"Musim sotong kali ini juga pelik kerana sotong gemar 'berkandang' (tempat ratusan ribu sotong berkumpul dan bertelur) ketika bulan gelap.

"Biasanya sotong akan berkandang dan muncul di waktu bulan terang dan tahun ini, ia (sotong) tak mengira bulan gelap dan terang," katanya.

Rakannya, Shahrul Hisham Yusof, 36, berkata, dia bersama empat awak memukat sotong sekitar Kawasan 12 hingga 15 batu nautika dari Kuala Dungun.

"Pendek kata campak saja mata 'candat' dan pukat di mana saja tangkapan sotong akan mengena.

Shahrul Hisham berkata, harta jualan di antara RM27 hingga RM29 sekilogram sekaligus mendatangkan rezeki buat dia dan empat awak-awaknya.

"Pendapatan itu dapatlah saya dan awak-awak bayar hutang bot dan buat perbelanjaan pada musim tengkujuh nanti," katanya.


SOTONG yang siap dipindahkan dibawa ke Kompleks LKIM untuk dijual. FOTO Rosli Ilham
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngganu-mewah-sotong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 1.190239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list