CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Melaka] Pemilik tadika ditipu lebih RM1juta

[Copy link]
Post time 10-6-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Baru 11 hari berkenalan, seorang wanita pemilik tadika di Bukit Piatu, di sini, 'berputih mata' apabila kerugian lebih RM1 juta selepas diperdaya lelaki warga asing dalam pelaburan tidak wujud bulan lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, mangsa berusia 53 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki warga Taiwan dikenali Tan Sau Fung selepas akaun Instagramnya 'ditag' oleh suspek pada 7 April lalu.

Menurutnya, sejak itu mangsa sering berhubung dengan suspek yang mendakwa menetap di Jepun melalui talian Lime dan berkomunikasi secara lisan dan pesanan ringkas hingga menjadi rapat.

"Pada 7 Mei lalu, suspek menawarkan mangsa untuk melabur dengan membeli barang di sebuah laman web yang kononnya di Amerika Syarikat.

"Mangsa diminta membeli dahulu barang sebelum menjual semula kepada pelanggan dengan mendapat keuntungan sebanyak 10 peratus bagi setiap barang.

"Akibat terlalu mempercayai suspek, pengadu membuat 28 transaksi secara berperingkat ke dalam enam akaun berbeza berjumlah RM1.064 juta dari 7 hingga 30 Mei lalu," katanya dalam kenyataan di sini.

Zainol berkata, selepas membuat pembayaran pengadu kemudiannya menyemak laman web berkenaan pada 30 Mei lalu dan teruja mendapati jumlah komisen bakal diterimanya berjumlah AS$200,000 (RM923,685.55).

"Pengadu kemudiannya cuba mengeluarkan wang itu, namun diarahkan membuat bayaran tambahan menyebabkan dia berasa curiga.

"Keesokan harinya pengadu sekali lagi cuba mengakses laman web dan terkejut mendapati ia tidak boleh diakses manakala akaun Instagram suspek juga sudah ditutup sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh," katanya.

Kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan

Zainol berkata siasatan awal mendapati semua wang dilaburkan pengadu adalah hasil simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarganya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itipu-lebih-rm1juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.530181 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list