View: 258|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Tak perlu catu susu Hud lagi' - Ibu
[Copy link]
|
|
Norhazilawati memangku bayinya, Hud Hanif yang dilahirkan dengan masalah paru-paru berair, skoliosis (tulang belakang bengkok), hernia dan tiroid. FOTO Siti Rohana Idris
Tumpat: "Alhamdulillah, saya sudah tak perlu catu susu khas untuknya lagi kerana ramai yang tampil membantu," kata Cik Norhazilawati Che Sulaiman, ibu kepada bayi lelaki yang menghidap pelbagai komplikasi kesihatan.
Cik Norhazilawati, 33, berkata, jika sebelum ini dia terpaksa berjimat memberikan susu khas kepada Muhammad Hud Hanif Harizan berusia 16 bulan yang dilahirkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan namun sejak kisahnya disiarkan kelmarin, beban mereka semakin ringan.
"Kami hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang saya terima iaitu RM450 sebulan selain pendapatan suami sebagai pemetik kelapa yang tidak menentu untuk kelangsungan hidup.
"Kami perlu mengeluarkan belanja sekitar RM500 sebulan untuk keperluan anak saya ini merangkumi susu khas dan lampin pakai buang termasuk kos pengangkutan ke hospital kerana bayi kami kerap menerima rawatan.
"Alhamdulillah, rezekinya semakin murah dan saya tidak perlu lagi mencatu susu khasnya kerana bimbang tiada wang untuk membeli," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Periok di sini, hari ini.
Bayi itu yang dilahirkan dengan masalah paru-paru berair, skoliosis (tulang belakang bengkok), hernia dan tiroid memiliki saiz tubuh yang kecil dan tidak seperti bayi normal lain.
Cik Norhazilawati berkata, dalam usia begitu, anak tunggalnya juga masih tidak mampu bertutur dan merangkak apatah lagi berjalan.
"Selama 10 tahun usia rumah tangga kami, sudah pasti kelahiran Muhammad Hud sangat dinantikan tapi dugaan buat kami apabila anak ini menghidap banyak penyakit.
"Besar harapan kami suami isteri untuk melihat anak menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain namun berlapang dada dengan takdir yang menimpa," katanya.
Terdahulu mereka menerima kunjungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diwakili Pegawai Agihan Zakat Ikhwan Mat Yasin yang hadir menyampaikan sumbangan makanan asas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-susu-hud-lagi-ibu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|