CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2265|Reply: 47

Berkecai Hati Ibu Bapa, Anak Umur 11 Tahun Ada Lima Bulan Sahaja Untuk Hidup "Bila Beritahu Dia Hanya Diam Tiada Reaksi"

[Copy link]
Post time 14-6-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Baling: Gelap gelita dunia, hancur berkecai hati apabila doktor memaklumkan jangkaan hayat anak sulung yang menghidap leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) hanya berbaki lima bulan.


Impian Ahmad Mohd Zin, 42, yang mahu melihat Muhammad Qaish, 11, membesar musnah apabila mendapat khabar duka itu selepas mengharungi perjuangan melawan kanser sejak 2019.


Ahmad berkata, dia melalui episod sukar bersama isteri, Hasmah Ahmad, 42, selepas dimaklumkan perkembangan penyakit anak sulung daripada empat beradik itu, 17 Mei lalu.




Foto: Harian Metro




Katanya, biarpun mereka sekeluarga menerima takdir itu dengan reda, dia tetap mengharapkan keajaiban berlaku supaya Muhammad Qaish dapat meneruskan kehidupan dengan sihat.


"Ketika diberitahu mengenai perkara itu kami memang terkejut dan saya terdiam kerana perasaan itu sukar digambarkan, manakala isteri menangis. Kami melalui saat yang sangat berat.


"Tetapi kami kuatkan juga semangat untuk beritahu Qaish (nama panggilan Muhammad Qaish) mengenai perkara itu dan ketika saya beritahu dia hanya diam serta tidak menunjukkan sebarang reaksi.


"Saya cakap dengan dia selagi kita boleh berusaha dan berubat kita akan buat, kuatkan semangat dan dia hanya mengangguk. Anak saya, Muhammad Qaish seorang yang kuat sepanjang empat tahun diuji sakit ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Foto: Harian Metro







Menurut Ahmad, dalam reda menerima ketentuan itu, ia sangat perit untuk ditelan bukan hanya buatnya dan isteri, bahkan dia percaya Muhammad Qaish juga sukar menghadapinya.


"Qaish melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan penyakitnya itu dan mengambil air tulang belakang. Ketika itu Qaish ada mengadu pada saya yang rawatan itu menyakitkan dan tidak mahu buat rawatan lagi selepas ini.


"Sehari selepas itu kami dimaklumkan yang jangka hayat Qaish hanya lima bulan saja dan sel kanser juga sudah merebak sehingga ke otak.


"Sel kanser dalam badan Qaish merebak dengan cepat dan kini dia berstatus paliatif kerana sudah tiada rawatan boleh dilakukan. Tiada siapa yang sanggup mendengar kenyataan itu dan saya percaya Qaish juga begitu, namun kami menerimanya," katanya yang tinggal di Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini.


Bercerita lanjut mengenai penyakit anaknya, Ahmad yang mengambil upah kerja bendang berkata, anaknya didiagnosis luekimia ALL pada 2019 dan selepas menjalani rawatan selama setahun, keadaannya baik.


Bagaimanapun katanya, sel kanser kembali menyerang pada 2021 dan Muhammad Qaish terpaksa menghentikan rawatan kemoterapi pada Julai tahun lalu kerana badannya sudah tidak dapat menerimanya selain turut berlaku komplikasi.


"Sepanjang empat tahun perjuangannya, saya sanggup berhenti kerja di sebuah kilang untuk menguruskannya dan menemaninya di hospital ketika menjalani rawatan, sementara isteri yang berkerja sebagai kerani menguruskan tiga anak lain.


"Tempoh itu juga menyaksikan Qaish berusaha untuk kuat melawan sakitnya, malah dia pernah tak sedarkan diri selama lima hari sebelum ini.


"ada saya, kami bukan kalah dalam perjuangan ini sebaliknya rezeki tidak memihak kepada kami tetapi saya menerima ujian ini dan berharap ada keajaiban," katanya.


Ahmad berkata, tempoh lima bulan ini adalah saat berharga buat mereka dan doktor juga menasihatkan untuk sentiasa menjaga emosi Muhammad Qaish.


Katanya, dia akan berusaha menunaikan hasrat anak kesayangannya yang berkongsi tarikh lahir bersamanya pada 10 Ogos.


"Sebelum ini Qaish pernah cakap dia teringin memiliki permainan video dan menaiki kereta 'sport'. Saya cakap kalau abah dan mummy (ibu) mampu, nanti kami usahakan dan dia hanya cakap 'ok' kerana memahami keadaan keluarga kami," katanya.


Katanya, kisah anaknya juga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa individu yang bermurah hati termasuk Cikgu Zahran dan Cikgu Mohd Fadli Salleh bersama beberapa rakannya yang sudi merealisasikan hasrat anaknya.


"Qaish belajar mengaji dengan kakak Cikgu Zahran dan apabila mendapat tahu mengenai keadaan anak, mereka membantu menunaikan permintaan Qaish memiliki permainan video dan menaiki kereta 'sport'.


"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka terutama Cikgu Mohd Fadli dan rakannya yang sudi menceriakan Qaish dan anak juga gembira apabila permintaannya itu tercapai juga akhirnya," katanya.


Terdahulu, Cikgu Mohd Fadli berkongsi kisah Muhammad Qaish di Facebooknya dan dia bersama beberapa rakan menyantuni kanak-kanak itu dan keluarganya.


Mereka menunaikan permintaan Muhammad Qaish yang menginginkan permainan video serta bersiar-siar di ibu kota dengan menaiki jentera diimpikan kanak-kanak lelaki itu, Ahad lalu.


Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Ahmad di talian 019-5521251. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memahami kesukaran family ni. X ada ke hartawan yg blh membantu? Msia ni rmi org kaya2 yg show off di medsos.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 14-6-2023 12:35 PM
Aku memahami kesukaran family ni. X ada ke hartawan yg blh membantu? Msia ni rmi org kaya2 yg show o ...

kalau baca artikel tu bkn mslh kewangan utk treatment tapi lebih pada body anaknya dah tak blh terima. sel kanser pun dah merebak ke otak, rawatan pun dah dihentikan.
iols doakan semoga dikurangkan sakit anak ni. sedihnya makayah menunggu hari anak meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 01:14 PM | Show all posts
Impian Ahmad Mohd Zin, 42, yang mahu melihat Muhammad Qaish, 11, membesar musnah apabila mendapat khabar duka itu selepas mengharungi perjuangan melawan kanser sejak 2019.

The real blow should be in 2019, unless they were lied to. Berita terbaru cuma penutup terhadap 'persiapan mental' mereka sejak 4 tahun kebelakangan.

It's a harsh reality of this nasty disease.

Having said that, heart attack is worse.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 01:38 PM | Show all posts
Edited by petpom at 14-6-2023 01:40 PM
Decaffeinated replied at 14-6-2023 01:14 PM
The real blow should be in 2019, unless they were lied to. Berita terbaru cuma penutup terhadap 'pe ...

Doktor selalu bgth jangka hayat bila dah x de lg treatment yg boleh d buat. Time mula2 kena.. mmg family n semua akan ingat boleh sembuh seperti sediakala. Cuma nnti lpas 2-3 tahun.. cancer tu dtg semula n dah x de treatment. Tp 5 bulan tu. Kira lama la jugak anggaran. Yg kes i.. doktor ckp.. dalam sebulan.. hmmm terkejar2 nak uruskan benda2 penting bila tau jangka hayat lg sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 01:46 PM | Show all posts
Edited by alieyrina at 14-6-2023 01:48 PM

Samalah mcm anak kwn aku 5 yrs old boy. Dah tau anak akan meninggal cuma dia kata tak sangka secepat itu.
Ada 7 org kids masa tu yg doc stop rawatan sbb tak dak apa yg boleh dibuat. Anaknya bergantung dgn morfin saja. Meninggal sebelum puasa tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah adik ku AML.  acute ni mmg pantas sel kanser merebak.
awal januari dikesan hjg disember adik meninggal slps 6x kimo dan 1x transplant. rawatan di gleneagles ampang dan hukm.
selepas amik air tulang blkg, adik dah tk boleh bangun lg. 3x kena mild stroke.. Allah swt saja yg tau pedih nya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ya tuhanku..panjangkanla umur anak ni sampai tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 02:10 PM | Show all posts
petpom replied at 14-6-2023 05:38 AM
Doktor selalu bgth jangka hayat bila dah x de lg treatment yg boleh d buat. Time mula2 kena.. mmg f ...

oh dear, so sorry to hear that.

so sekarang macam mana dengan life & kesihatan uols? weols doakan yang terbaik buat uols.

tetiba mata ni bertakung..

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:21 PM | Show all posts
member sekolah aku leukimia jugak
anak dia baru umur berapa bulan
kesian dia
dah la kahwin lama dah dok ttc tunggu anak
dah dapat anak , dia pulak arwah
sampai sekarang laki dia still post gambar2 anak dia
macam nak masuk 2 3 y dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
petpom replied at 14-6-2023 01:38 PM
Doktor selalu bgth jangka hayat bila dah x de lg treatment yg boleh d buat. Time mula2 kena.. mmg f ...

allahuakbar, moga dipermudahkan semuanya, buat adik ni dan u juga, sedihnya baca, tak ada ayat yg mampu di taip
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:27 PM | Show all posts
baca dalam akhbar tadi, mmg sedih. pesakit kanser nie biasa dah masuk stage 3 baru dikesan. ini pun sbb bila pergi check badan sakit. selama dalam badan mmg x tahu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:29 PM | Show all posts
petpom replied at 14-6-2023 01:38 PM
Doktor selalu bgth jangka hayat bila dah x de lg treatment yg boleh d buat. Time mula2 kena.. mmg f ...

bagai mana sekarang? adakah bermaksud tempoh sebulan itu dah berlalu dan sekarang berjaya lawan kanser?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:43 PM | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan keluarga ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ada follow mamat ni jd badut utk bdk2 sakit yg x sembuh2 ni. Dia akan update bdk2 yg meninggal yg pernah dia hiburkan dulu2. Sedih kan..mak pak menjaga anak dah dah jangka anak bila2 je boleh pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar beratnya ujian.
Kenapa la diberitahu kat anak tu lg 5 bln boleh berthn hidup ...sedihnyaa...dia hanya diam dan x tunjuk sbrg reaksi..Mcmanalah dia nk hadapi.
Dah thp paliatif..x buat apa dh..hanya tunggu.
Semoga ada keajaiban.
Syurga utk mu..Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 03:07 PM | Show all posts
petpom replied at 14-6-2023 01:38 PM
Doktor selalu bgth jangka hayat bila dah x de lg treatment yg boleh d buat. Time mula2 kena.. mmg f ...

Chop! your case means you're the sufferer atau somebody close to you? In any case, harap yang terbaik untuk yang terkesan dan dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:10 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-6-2023 02:27 PM
baca dalam akhbar tadi, mmg sedih. pesakit kanser nie biasa dah masuk stage 3 baru dikesan. ini pun  ...

Very common in Malaysia ni bila discover dah stage 4 sebab orang kita tunggu symptom. Di negara maju biasa detect stage 2/3 sebab dorang buat active screening.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-6-2023 03:10 PM
Very common in Malaysia ni bila discover dah stage 4 sebab orang kita tunggu symptom. Di negara ma ...

adakah negara kita tiada polisi khusus utk setiap jantina pergi buat checkup utk kanser? rasanya xde sbb setiap dari kita saja2 pergi hospital kata nak check kanser. beza klu wanita ada pap smear percuma itupun hanya utk umur tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.138928 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list