View: 221|Reply: 0
|
[Pahang]
Kerajaan Pahang tanggung baki kos rawatan adik Athif
[Copy link]
|
|
Kuantan: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan baki kos rawatan Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang berusia 16 bulan, akan ditanggung kerajaan negeri itu.
Wan Rosdy berkata, pembiayaan itu akan menampung baki kos yang tidak mencukupi atau tiada lagi penyumbang lain yang menderma untuk membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga RM9.7 juta.
"Hari ini saya berkesempatan menziarahi adik Athif yang menghidap penyakit jarang berlaku, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.
"Penyakit ini perlu mendapat ubat dan kepakaran dari dalam dan luar negara dan penyakit jarang berlaku.
"Setakat ini, sejumlah RM9.4 juta berjaya dikutip dan baki yang diperlukan lagi berjumlah RM300,000.
"Saya beri jaminan kekurangan kos untuk perubatan adik Athif ini Kerajaan Pahang akan tanggung kerana rawatan itu perlu disegerakan. Tidak perlu tunggu jumlahnya cukup baharu berubat," katanya ditemui media selepas melawat Muhammad Athif Fahri di Permatang Badak Maju, di sini hari ini.
Pada lawatan itu, kerajaan negeri turut menyumbang RM50,000 untuk keperluan Athif.
Difahamkan, Muhammad Athif Fahri tidak mempunyai banyak masa berikutan suntikan ubat terbabit perlu diambilnya sebelum usia mencapai dua tahun.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan pada 3 Mac 2022, dengan berat 3.33 kilogram serta ukur lilit kepala 33 sentimeter.
Sementara itu, Mohd Farhan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menghulurkan sumbangan bagi dana perubatan anak.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerajaan negeri memberi jaminan kerana keadaan Athif yang lemah. Saya harap pembelian ubat dapat dipercepatkan," katanya.
WAN Rosdy menziarahi Muhammad Athif yang menghidap SMA Type 1 sambil diperhatikan ibu bapanya, Mohd Farhan dan Nur Azizah Zamri. FOTO Farizul Hafiz Awang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rawatan-adik-athif |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|