CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Selangor] 'Alisya, Adam tiket kami ke syurga'

[Copy link]
Post time 15-6-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

NURHANI Amirah dan Norhazim Izzat bersama anak syurga mereka, Nur Alisya Humaira juga Muhammad Adam Huzair ketika menyertai larian. FOTO Ihsan Nurhani Amirah Idris.

Kuala Langat: "Walau macam mana pun, mereka istimewa dan 'tiket syurga' buat saya dan suami," kata Nurhani Amirah Idris, 33.

Wanita itu dan suaminya, Norhazim Izzat Md Azman, 36, antara insan terpilih yang ditakdirkan memiliki dua anak istimewa dan mempunyai masalah kesihatan.

Anak sulung mereka, Nur Alisya Humaira, 7, yang disahkan autisme ringan, turut menghidap enam penyakit lain berkaitan jantung, manakala adiknya Muhammad Adam Huzair, 4, perlu menjalani terapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklum menghidap autisme.

Nur Alisya Humaira sudah menjalani pelbagai rawatan dan kini diletakkan di bawah penjagaan paliatif serta bergantung ubat jantung dan antibiotik seumur hidupnya.

Menurut Nurhani Amirah, anak sulungnya itu pernah menjalani prosedur kateterisasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 Mac 2017 yang hampir meragut nyawanya.

"Pada 17 November tahun sama, Alisya (nama panggilan Nur Alisya Humaira) menjalani pembedahan jantung lagi dan ia berjaya tanpa sebarang komplikasi.

"Sebagai ibu, saya akui bukan mudah untuk menerima kenyataan mengenai keadaan anak. Mulanya, saya terkejut apabila dapat tahu keadaan Alisya (nama panggilan) kerana pemeriksaan sewaktu kehamilan dapati bayi normal.

"Waktu itu, saya agak patah semangat, mempersoalkan takdir dan hampir nak meroyan kerana Alisya anak sulung jadi saya teruja untuk sambut kelahirannya," katanya kepada Harian Metro.

Meskipun begitu, Nurhani Amirah dan suami, Norhazim Izzat cuba berlapang dada dan tidak serik untuk menimang cahaya mata lagi, bahkan gembira apabila disahkan hamil buat kali kedua beberapa tahun selepas itu.

"Bagaimanapun, ditakdirkan anak kedua saya, Adam juga Orang Kurang Upaya (OKU) kerana menghidap autisme tahap ringan. Berat juga hati nak terima sebenarnya.

"Cuma disebabkan tahu lebih awal, maka kurang sedikit kesedihan, tidak seperti selepas dapat tahu keadaan Alisya dulu," katanya.

Ibarat sudah berdamai dengan takdir, Nurhani Amirah dan suaminya kini hanya mahu membesarkan kedua anak mereka dengan penuh kasih sayang dan memastikan keperluan mereka mencukupi termasuk menerima pendidikan.

"Alisya kuat dan Adam pula berdikari. Disebabkan mereka, saya jadi kuat. Lagipun, tiada manusia terlepas daripada ujian, malah ada yang jauh lebih berat dugaannya jadi mengapa saya perlu terus bersedih," katanya.

Nurhani Amirah dan suami juga banyak melakukan aktiviti bersama anak mereka termasuk berbasikal dan menyertai program larian yang bersesuaian pada hujung minggu.

Ketika ini katanya, dia enggan berenggang dengan anak, dan menyerahkan kepada Allah SWT untuk urusan takdir hidup mereka.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... iket-kami-ke-syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.729296 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list