View: 2034|Reply: 29
|
Bapa Serabut Cari Mana Hilang RM1500- Rupa-Rupanya Anak Kedua Bawa Pergi Sekolah, Sedekah Pada Kawan-Kawan
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak perempuan dimarahi bapanya selepas 'ditangkap' membawa beberapa keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 ke sekolah.
Kesemua duit tersebut diisi dalam beg sekolah dan kata bapanya, dia membawa duit tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan yang dikatakan daripada keluarga susah di sekolah.
“Dekat kawan berapa orang bagi? Seorang saja, sebab apa... dia susah?
“Allahuakhbar, dia kata kawan susah, lepas tu dia bawa duit banyak. Rupa-rupanya duit abah dia hilang, selamat abah jumpa hari ni sebab Allah nak tunjuk.
“Banyak hari abah cari... beg baru beli, dia letak duit abah dalam ni bawa pergi sekolah nak tolong kawan-kawan susah,” kata si bapa.
Malah dia turut menasihati anaknya supaya tidak melakukan perkara begitu pada masa hadapan.
Si bapa, Noor Erwan Mohamad Nor Din berkata, dia terkejut apabila anak keduanya itu menceritakan keinginan untuk membantu rakan yang susah.
Malah anaknya yang baru berusia enam tahun mengakui bermurah hati membelikan makanan untuk kawan-kawannya setiap hari.
Foto: mStar
“Tiga hari lepas duit hilang sebanyak RM1,500. Memang saya selalu asingkan duit jualan untuk bayar barang.
“Tapi kali ini saya tak ingat sebab terlampau sibuk. Tiga malam juga saya fikir mungkin duit tu saya dah masukkan ke dalam bank atau bayar barang lain,” ujarnya yang berniaga char kuey teow di Taman Jawi Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kata Erwan lagi, dia hanya mengetahui duit tersebut berada di dalam beg anaknya, Nurayrazia Rizqa selepas dimaklumkan ketika mengambil kanak-kanak itu pulang dari sekolah pada Khamis.
“Dia cakap ‘abah setiap hari Razia belanja kawan-kawan makan dan tolong orang susah’. Saya pun hairan sebab tak pernah bagi duit, lagipun sekolah dia ada makanan percuma.
“Pada masa tu, saya ingat kakak dia bagi... apabila dia tunjuk pada saya duit dalam beg, memang saya terkejut,” katanya kepada mStar.
Menurut Noor Erwan, baki yang tinggal di dalam beg anaknya itu hanyalah RM900.
Pun begitu, dia tidak memarahi anaknya malah menghalalkan semua duit yang sudah digunakan.
Lagipun anaknya menyatakan dia membantu kawan-kawan yang susah.
“Yang hilang tu pun saya dah malas nak ingat... tiba-tiba dia tunjuk duit pada saya sambil cakap nak sedekah kat orang susah.
“Saya pun dah maklum pada guru dia kalau ada yang ambil duit, saya sedekahkan,” katanya yang memulakan operasi perniagaan dari jam 4 petang hingga 11.30 malam setiap hari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari kalangan ibu bapa turut berkongsi kisah anak masing-masing.
“Naya... anak saya ambil duit dalam bag duit, dia letak dalam tabung dia.
“Sama anak nombor dua saya. Dia simpan duit kemudian belanja dan bagi kawan.
“Bagusnya adik. Kecil-kecil dah pandai nak tolong orang.
“Alhamdulillah sayang. Daripada kecil awak dah ada sifat kesian kat kawan susah... apa pun lain kali minta izin ibu dan ayah dahulu,” ujar beberapa warga maya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
nohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terpaling pangai palat anak nomor dua |
|
|
|
|
|
|
|
Mengidolakan yibit liu ni |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha..anak no 2 ni mmg prangai lain sikit kan...hahhaha
baik anak dia tolong kawan yg susah..sakit bapak dia..hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Jual je anak kau tu...x berguna |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 16-6-2023 04:32 PM
nohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terpaling pangai palat anak nomor dua
Ye...yang terpaling taik palat anak nombor 2. |
|
|
|
|
|
|
|
masa zaman kanak2 dulu. ada sorang kawan nie, pemurah betul belanja mainan kat kami semua. gembira hati kami. Alhamdullilah dia dah insaf selepas ibunya nak bawa ke balai polis selepas curi duit maknya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pe la since semua anak perempuan kan (mungkin la baby pun perempuan) better la anak2 kau yg kebas dari kau dah tak de, adik beradik kau pula yg kebas, anak bini ngangga pula. |
|
|
|
|
|
|
|
sambil2 citer perangai anak… sempat lagi promote gerai char kueh teow. ada kah style marketing hambar? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya bapak la......ko kena redho & niatkan sedekah duit tu kt org yg lebih memerlukan, xde jatuh miskin klau ko sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sebenarnya bagus untuk sebuah keluarga untuk anak-anak belajar dan ibubapa belajar limit kesabaran dan kefahaman mendidik anak-anak ..walaupun ianya agak menyakitkan tetapi kesilapan ini juga adalah .. err.. cute
|
|
|
|
|
|
|
|
Ank kecik2 dah pandai mencuri dlm jumlah yg besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Uuntooonnng la..ank aii perabis duit kat koop ja bekai bawak..ayaq bawak..duit belanja bagi rm3..semua dia perabis kat koop |
|
|
|
|
|
|
|
Anak no 2 I pun macam ni.
Malu nak cerita dengan orang.
Masa dia darjah 3, dia mabil duit abah dia untuk belanja kawan2 kelas. Alasannya sebab dia nak budak2 tu berkawan dengan dia. Masa ni kami baru balik drp US. Dia tak berapa reti cakap melayu dan budak2 kelas dia panggil dia anak mat salleh.
Tu yang dia belanja kawan2 dia.
Awalnya teruk juga kena marah tapi bila dah tau reasons dia. Kesian juga dan kami nasihakan jangan buat lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Heiiiiii. Aku pun anak no 2 gak. Tapi xde la smpai nak hambek duit mak ayah nk faraid dkt kwn2 susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Positif : kecik² dah pandai bersedekah, tolong org susah
Negatif : berani ambik hak org tanpa izin
Masih rebung. Boleh dilentur. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm cerita anakku sazali jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah tauke timbang kati buat content? |
|
|
|
|
|
|
| |
|