View: 226|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Pencuri kabel siap miliki vest TM
[Copy link]
|
|
Kuala Pilah: Tiga lelaki yang sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) kantoi apabila kegiatan mereka dikesan polis yang melakukan rondaan di tepi jalan dekat Klinik Desa Inas, Johol, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, polis menemui vest TM dan kabel yang siap dipotong di dalam sebuah kenderaan digunakan ketiga-tiga suspek.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, semakan lanjut mendapati mereka mempunyai rekod jenayah dan ujian urin juga menunjukkan mereka positif dadah.
"Ketika tangkapan, polis menemui sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang di dalamnya terdapat peralatan yang digunakan untuk memotong kabel, kabel TM yang sudah dipotong dan vest.
"Siasatan lanjut terhadap kesemua suspek mendapati mempunyai rekod jenayah selain ujian saringan air kencing juga positif dadah," katanya.
Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini untuk permohonan reman.
"Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam lain-lain kes kecurian kabel TM di daerah Kuala Pilah khususnya dan Kontinjen Negeri Sembilan amnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... siap-miliki-vest-tm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|