CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Selangor] Anak ‘kebas’ RM1,500 wang ayah sedekah rakan sekolah

[Copy link]
Post time 17-6-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar sejumlah wang yang dijumpai seorang ayah di dalam beg sekolah anaknya.

PETALING JAYA – Seorang bapa terkejut apabila mendapati wang simpanannya berjumlah RM1,500 yang hilang selama ini rupa-rupanya berada di dalam beg sekolah anak perempuannya.

Menerusi satu perkongsian klip video di Intagram hari ini, bapa tersebut terkejut apabila mendapati duit simpanannya itu diambil anak keduanya untuk disedekahkan kepada rakan sekolah yang susah.

Walaupun berang dengan tindakan anak perempuannya, lelaki tersebut tetap tenang dan hanya menasihatinya keran tindakan mengambil duit itu adalah salah dan berdosa.

“Patutlah abah cari duit ni tak ada, berapa orang dah bagi. Bagi duit ni sebab dia susah? Selamat Allah nak tunjuk hari ini. Punya lama abah cari duit ni.

“Susah abah nak dapatkan duit banyak ni, abah pun nak bayar banyak benda lagi. Jangan buat macam ni lagi,” tegur lelaki tersebut kepada anaknya.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut simpati dengan apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dan menyifatkan niat untuk membantu rakannya yang susah itu bagus namun menambil duit ayahnya adalah satu kesalahan.

“Masya-Allah betul la tu niat anak tu baik nak bantu kawan nak bersedekah tapi anak tu kena tanya dan minta izin terlebih dahulu pada Abah dia sebab tu duit Abah dia.

“Salah tu dia rembat saja duit Abah dia. Mujur Abah dia tak tinggi suara, boleh lagi ‘cool’ tenang saja Abah dia. Syukur la dia ada Abah lagi,” tulis Rias_indah27.

“Niat tu baik tapi cara yang tidak betul, apa-apa tanya abah dulu adik…kesian dekat abah penat cari duit,” kata Mohd Syahril. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... ekah-rakan-sekolah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.036763 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list