View: 243|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lelaki maut bot bertembung
[Copy link]
|
|
MANGSA cedera dibawa ke Hospital Besut melalui Jeti Kuala Besut. FOTO Ihsan Polis
Jertih: Seorang kru bot nelayan meninggal dunia sementara dua penumpang parah apabila bot nelayan yang mereka naiki bertembung dengan bot pelancong di perairan Pulau Perhentian, kira-kira 8.30 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, mangsa yang maut, Rahmat Mat Ariffin, 43.
Katanya, kejadian berlaku ketika bot pelancong membawa dua kru bot dan 10 penumpang dari Long Beach ke Jeti Perhentian Island Resort Pulau Besar.
"Bot berkenaan dipercayai melanggar bot nelayan yang membawa tiga kru dan 10 penumpang dari aktiviti sewaan mencandat sotong ke Jeti Kampung Nelayan Pulau Perhentian lebih kurang 8.15 pagi.
"Akibat perlanggaran itu menyebabkan bot nelayan bocor dan tenggelam. Dalam kejadian itu, seorang kru bot nelayan meninggal dunia, dua penumpang parah, seorang cedera ringan serta sembilan lagi selamat," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Azrol berkata, semua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian oleh bot berdekatan untuk rawatan lanjut.
"Mangsa meninggal dunia serta mangsa cedera dibawa ke hospital Besut untuk tindakan lanjut. Kes ini dirujuk kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... maut-bot-bertembung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|