View: 196|Reply: 0
|
[Johor]
Jumpa tengkorak, tulang manusia berhampiran lokasi warga emas hilang September lalu
[Copy link]
|
|
SUPERINTENDAN Ahmad Zamry Marinsah menunjukkan tengkorak ditemui disekitar kebun sawit di Kampung Tungku Tiga , Segamat pada 4 Jun lalu. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Polis mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris warga emas yang hilang di Kampung Tungku Tiga di sini September lalu susulan penemuan cebisan tulang, tengkorak dan gigi geraham manusia dalam kebun kelapa sawit berdekatan awal bulan ini
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pada 4 Jun lalu seorang lelaki melaporkan kepada polis penemuan tengkorak dan cebisan tulang rangka manusia di sekitar kawasan kebun sawit berkenaan pada 5.47 petang.
Katanya, lokasi penemuan kira-kira 300 meter dari kediaman lelaki warga emas berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang secara misteri itu pada 20 September lalu.
Namun katanya, siasatan di lokasi tidak menemukan pakaian dan sebarang pengenalan diri.
"Tengkorak dan serpihan tulang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi.
"Sampel DNA waris sudah diambil dan polis menunggu laporan penuh daripada forensik dan patologi," katanya kepada Harian Metro hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zamry menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh dan melengkapkan siasatan.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 7.15 malam pada 20 September lalu, Ithnin Warsan, 80, dikatakan berada di halaman kediamannya di Kampung Tungku Tiga di sini, sebelum menghilang tanpa jejak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-warga-emas-hilang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|