CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] UM siasat iklan tawar pekerjaan untuk golongan LGBT

[Copy link]
Post time 18-6-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

PINTU masuk Universiti Malaya. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) akan menyiasat iklan tawaran pekerjaan bagi jawatan pembantu penyelidik yang dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jurucakap UM berkata, iklan tawaran pekerjaan itu belum dapat disahkan sama ada ia dikeluarkan oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS) (CERiA).

"Kita akan siasat. Kita belum dapat mengesahkan lagi betul atau tidak iklan ini dikeluarkan oleh CERiA atau mungkin pihak lain," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial sebuah universiti tempatan mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBT.

Iklan itu memaparkan tawaran pekerjaan untuk jawatan pembantu penyelidik dan ia turut memaparkan mengenai kata-kata: "Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM yang lain."

Dalam iklan itu, antara yang ditekankan adalah berpengetahuan dan berpengalaman dalam penglibatan penyelidikan dengan komuniti LGBT.

Kata jurucakap UM itu, secara kebiasaannya iklan perjawatan akan dikeluarkan oleh bahagian sumber manusia.

"Cuma untuk (permohonan) jawatan pembantu penyelidik ini, saya tak pasti sama ada adakah ia di bawah sumber manusia atau CERiA. Kita pun belum dapat maklumat sebenar mengenai perkara ini," katanya.

Katanya, satu perjumpaan mengenai tawaran iklan itu juga akan dilakukan secepat yang mungkin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-golongan-lgbt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list