View: 2091|Reply: 40
|
Pedang Berusia 3,000 Tahun Ditemui Di Tapak Pengebumian Masih Berkilau
[Copy link]
|
|
Sebilah pegang berusia lebih 3,000 tahun ditemui ahli arkeologi di tapak pengebumian di Bavaria, Jerman.
Pejabat Negeri Bavaria dalam satu kenyataan berkata, pedang berkenaan ditemui dalam keadaan sangat baik dan bilahnya masih berkilau.
Pedang tersebut ditemui dalam sebuah kubur yang mengandungi tiga mayat, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak. - Foto Twitter/Nina Willburger
Artifak berkenaan ditemui minggu lepas di tapak pengebumian Donau-Ries dan pakar penyelidik percaya ia ditinggalkan dalam kubur sebagai hadiah kepada si mati.
Pedang tersebut dipercayai dibuat pada hujung abad ke-14 iaitu pada Zaman Gangsa Pertengahan.
Tambah kenyataan tersebut, hulu pedang berkenaan berbentuk oktagon dan diperbuat sepenuhnya daripada gangsa.
Ahli arkeologi percaya pedang yang ditemui itu merupakan senjata sebenar yang digunakan pada zaman itu.
Ia ditemui dalam sebuah kubur yang mengandungi tiga mayat, seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak yang dipercayai dikebumi pada waktu yang sama.
Hubungan antara mereka masih tidak dapat dikenal pasti namun mereka dikebumi dengan pelbagai artifak lain.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
menarik ni. moga ada lagi sambungan kisahnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham, 3,000 tahun, abad ke-14....? |
|
|
|
|
|
|
|
3000 tahun ni zaman firaun la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fun fact: Pedang jerman ni dah berusia 2500 tahun masa Hang Tuah dok bersilat dgn Hang Jebat pakai keris taming sari zmn Melaka 500thn dulu |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 20-6-2023 12:29 PM
aku tak faham, 3,000 tahun, abad ke-14....?
mungkin abad ke 14 bc kot ehh ntah aku pening gak..wartawan biasela |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter failed maths ke... abad ke 14 = bronze age???????????
Jauh gila kot beza AD dengan BC |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 20-6-2023 12:31 PM
3000 tahun ni zaman firaun la kan..
Yes lebih kurang same era... bronze age 3000 - 700 BC...
Aku suka berjalan2 area historical & early civilization.. pagans, hitites, sumerians, vikings eh best nya.. nak berjalan2 refresh sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 20-6-2023 01:32 PM
tripleid replied at 20-6-2023 12:56 PM
Fun fact: Pedang jerman ni dah berusia 2500 tahun masa Hang Tuah dok bersilat dgn Hang Jebat pakai ...
Last weekend kitorg berjalan ke masjid Tok Machap... salah seorang pembesar kesultanan Melaka... he's actually imam besar kepada sultan... and adik beliau, tok gubah of Nyalas..
Rasa curious juga kenapa Najib masa heols jadi PM, pay a visit here.. kat situ cuma ada masjid sahaja yang utuh, while the whole kampung dah submerged in the dam... ada kena mengena ke Najib dgn Tok Machap ni?? both keturunan bugis
Interesting but menyayat hati.. mcmana kerajaan Melaka yg maju dan besar boleh jatuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la sis..iols je ke yg rasa kesultanan Melaka ni mcm overrated??
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 20-6-2023 01:48 PM
tripleid replied at 20-6-2023 01:38 PM
ntah la sis..iols je ke yg rasa kesultanan Melaka ni mcm overrated??
I tak rasa its overrated...
Cumanya the reputation has been ruined or painted with ugly pictures and perception through historical writings..
Lagi satu, history ni untuk diteladani.. bukan utk dibongak ungkit2 because we have nothing to be proud of then and now... the world has evolved... mcmana kita nak ride the storm and teguh dgn principles walau datang mcm2 rumors, speculation or narratives to justify trends... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 pun aku tak angkat port sgt dgn sejarah kesultanan melaka ni. tapi kelmarin terbaca pasal kesultanan melaka di waktu ia mula ditakluk portugis .. meremang jgk bulu roma. mmg gah sgt suasana dia. digambarkan istana sultan melaka dibakar org2 portugis ... ambik masa 5 hari baru musnah semuanya. api yang menjulang pun boleh nampak sampai pulau apa ntah kat kepulauan indon. dan bau wangi satu melaka sbb istana tu dibina dr kayu apa ntah. ish aku ni .. baru baca semalam pun banyak yg dah lupa. istana melaka tu tapak dia kat bukit st paul tu la. lepas tu portugis bina gereja st paul. mmg aku yakin je melaka mmg satu pelabuhan yang hebat suatu ketika dulu. kalau tak hebat .. tak de la maharaja china sampai bagi hadiah hang li po kat sultan. sejarah kan ditulis oleh org yang menang. mesti la banyak benda hebat2 pihak yang kalah yg dia org "padam".
|
|
|
|
|
|
|
|
pittjie replied at 20-6-2023 04:28 PM
dulu2 pun aku tak angkat port sgt dgn sejarah kesultanan melaka ni. tapi kelmarin terbaca pasal ke ...
Dulu2 pelabuhan melaka tu sangat2 hebat.. dah ada mcm2 technology... yang kawal pasang surut air tu... mcm terusan suez tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau 1300 tahun BC campur sekarang dah 2023 AD lojik lah umur 3,000 tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik sebab tak ada bukti yang tinggal pada hal zaman tu teknologi pembinaan dah wujud.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-6-2023 04:45 PM
Pelik sebab tak ada bukti yang tinggal pada hal zaman tu teknologi pembinaan dah wujud.
A Famosa tu sendiri dibina dari runtuhan istana, masjid, dan makam2 sultan dan pembesar. |
|
|
|
|
|
|
|
pittjie replied at 20-6-2023 04:28 PM
dulu2 pun aku tak angkat port sgt dgn sejarah kesultanan melaka ni. tapi kelmarin terbaca pasal ke ...
Menariknya info yg ko dpt ni..ada link tak? Mohon share. Mungkinkah istana Melaka dibina dari kayu2 yg berbau harum? Gaharu ke hape.
Aku percaya je Melaka mmg gah for real..baca je catatan Godinho Eredia mengenai Melaka..Melaka bukan sekadar dipenuhi rumah2 kampung beratap rumbia. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau lebih banyak fasal melaka kena pergi ke perpustakaan di Portugal. Adik I sempat baca sikit, yg sejarahwan tak cerita orang lelaki melayu yg tinggal semua kena kasi. Sebab tu ramai yg lari tinggalkan Melaka hingga Melaka tak ramai penduduk. Jadi dah tak ada pure Malaccan sebenarnya. Next, Tun Fatimah bukanlah yg paling cantik tetapi anak perempuan saudagar yang paling kaya di seisi Nusantara masa tu sampai ke selatan Afrika business. Tapi Sultan tak boleh demand perempuan tu sebab ekonomi Melaka bergantung pada saudagar tersebut, and he in return, collab dengan Portugese.
tak boleh cerita banyak sebab I dengar dari adik I saja, dia yang baca.
|
|
|
|
|
|
|
|
mdmy replied at 20-6-2023 05:30 PM
nak tau lebih banyak fasal melaka kena pergi ke perpustakaan di Portugal. Adik I sempat baca sikit ...
Aaaaa...aku nak kumpul duit pegi Portugal!! Nak dok berjam2 kat library sana..kesian betul org2 time tu..yg di castrate tu mungkin utk dijual sebagai slaves.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|