CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Selangor] Tiga individu didakwa buat tuntutan insurans kemalangan palsu

[Copy link]
Post time 20-6-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode

HAMIDAH didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan bersubahat bersama peniaga dan pemandu JKKN Selangor membuat tuntutan insurans kemalangan palsu. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: Tiga individu termasuk pemandu jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dekat sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat dalam tuntutan insurans kemalangan kenderaan berjumlah RM4,899.19 pada 2021.

Tertuduh Hamidah Buang, 40, Erhanhazwan Hasim, 38, dan Ali Mochammad, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Hamidah yang juga pemilik bengkel kereta didakwa memperdayakan ejen sebuah syarikat insurans mengenai borang laporan kemalangan kenderaan seorang wanita berjumlah RM4,899.19 dengan mengemukakan butir matan palsu yang mana borang itu ditandatangani oleh tertuduh sendiri.

Manakala Erhanhazwan yang bertugas sebagai pemandu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor bersama Ali yang bekerja sebagai peniaga bersubahat dengan Hamidah untuk tujuan sama.

Perbuatan itu dilakukan kesemua tertuduh di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM6,000 terhadap kesemua tertuduh dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Hamidah diwakili peguam Shalehuddin Salam manakala dua lagi tertuduh iaitu Erhanhazwan dan Ali pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 terhadap Hamidah manakala masing-masing RM4,000 kepada dua lagi tertuduh serta syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes bagi semua tertuduh ditetapkan 26 Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ns-kemalangan-palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.247125 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list