View: 242|Reply: 0
|
[Kelantan]
KPDN akui harga ikan naik
[Copy link]
|
|
NORMA Ahmad (kanan), bersama suaminya membeli ikan di Pasar Basah Chow Kit, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga ikan di beberapa negeri, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata keadaan itu berpunca akibat permintaan tinggi ketika keadaan cuaca tidak menentu di pantai timur Semenanjung.
Bagaimanapun, katanya, KPDN belum menerima aduan rasmi mengenai kenaikan harga ikan yang didakwa mencecah hingga 40 peratus, mulai selepas Aidilfitri lalu.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan, pegawai dan penguat kuasa KPDN akan sentiasa memantau harga bekalan bagi mengelak pencatutan, selain peniaga tidak patuh kepada harga ditetapkan.
"Kita mendapati seperti saya sebutkan tadi, berlakunya permintaan tinggi di saat cuaca di pantai timur yang orang Kelantan panggil 'laut berangin' atau cuaca tidak menentu.
"Memang berlaku kenaikan beberapa harga ikan namun kita dapati dalam dua, tiga hari ini keadaan kembali stabil. Ada barang yang seperti sayuran dan ikan memang bergantung kepada keadaan cuaca dan 'supply' (bekalan) yang kadang-kadang begitu tinggi.
"Tetapi faktor ini hanya sementara dan ia akan turun dalam tempoh masa tertentu," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 di sini, hari ini.
BH Jumaat lalu, melaporkan cuaca panas dan ribut di laut menjadi punca bekalan ikan tempatan kurang sehingga harga hasil laut itu di pasaran Bachok, Kelantan naik antara RM2 hingga RM4 sekilogram (kg) sejak dua minggu lalu.
Mengenai isu bekalan ikan, Salahuddin berkata, ia perlu dirujuk kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memiliki bidang kuasa bagi menangani masalah berkenaan.
"Dia (KPKM) membekalkan, KPDN hanya memantau harga supaya tidak berlaku pencatutan, jualan tidak mengikut harga sepatutnya
"Bagaimanapun kita setiap hari memantau harga barang keperluan rakyat ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kui-harga-ikan-naik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|