CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 17

Masih Berpantang, Suami Bagi Kereta Mewah Kepada Madammu Sebagai Hadiah Beranak

[Copy link]
Post time 22-6-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Madammu menerima hadiah sebuah kereta mewah daripada suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.


Katanya hadiah tersebut dipercayai sempena Madammu melahirkan anak mereka yang pertama.


Foto: IG




Menurutnya, hadiah itu merupakan kali kedua diterimanya dimana sebelumnya ketika berada di hospital.


“Dekat hospital dah dapat hadiah. Balik rumah dalam pantang dia bagi hadiah lagi! Thank you suami!,” ujarnya.








Meskipun bayi yang digelar Baby A merupakan zuriat pertama Madammu, dia tetap menganggapnya sebagai anak bongsu.


“Keputusan i tetap sama! Baby A adalah anak bongsu!,” jelasnya.




  



Untuk rekod, Madammu dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan suaminya terdahulu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi. -CARI


  



  



Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 11:50 AM | Show all posts
Dia bayar portal cari ke up citer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:26 PM | Show all posts
kalau i.. i minta hadiah berlian , emas... lagi berbaloi beranak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia tuu sejenis spesimen/ sample produk timbong kilo ke sampai kena gelar baby A sekian? Kesian kan, laki mampo bagi kereta mahal tp nama anak tk mampo bagi lagi. Nak berahsia sgt pttnya dari awal kehamilan sampai bersalin la rahsiakan terus. [em:29:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Noir kan dia punya. Laki dia pun keja dgn dia kan? Kira dia hadiahkan diri sendiri la pastu claim suami hadiahkan ek? [em:24:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:28 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 22-6-2023 01:01 PM
Noir kan dia punya. Laki dia pun keja dgn dia kan? Kira dia hadiahkan diri sendiri la pastu claim su ...

yeke? tapi laki dia ada title datuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp acik kepam meleis dok memuja dia sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 22-6-2023 01:28 PM
yeke? tapi laki dia ada title datuk.

Oh noir laki dia punya ke? Laki dia keja apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 10:05 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 22-6-2023 01:51 PM
Oh noir laki dia punya ke? Laki dia keja apa?

entah. bisnes jugak. takde kaitan ngan noir.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 11:20 AM | Show all posts
Ayda89 replied at 22-6-2023 01:51 PM
Oh noir laki dia punya ke? Laki dia keja apa?

Sasar jadi pelengkap ekosistem automotif Malaysia[size=0.8]
Mohd Zaky Zainuddin - Mac 25, 2018 @ 10:01pm[email protected]






SETIAP usahawan memiliki cita-cita besar untuk maju dalam perniagaan, apatah lagi jika bidang perniagaan diceburi itu menjadi tumpuan seperti perniagaan yang berkaitan dengan automotif.
Dengan pasaran luas membabitkan lebih 600,000 unit kenderaan setahun, pastinya industri sampingan yang berkaitan automotif menjanjikan potensi besar.
Menyedari manfaat yang mampu diperoleh dari bidang terbabit, Azri Che Noh, menubuhkan AA Life Auto Sdn Bhd pada 2013, bagi meraih apa juga peluang yang ditawarkan dalam pasaran yang kini dianggap semakin matang.
Selepas AA Life Auto diasaskan, Azri menawarkan beberapa perkhidmatan sokongan termasuk pusat panggilan kemalangan, takaful, trak tunda dan bengkel panel bagi mereka yang menghadapi masalah kerosakan kenderaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA







Namun, beliau juga menyedari bahawa potensi dan peluang yang terhidang itu dibayangi pelbagai tanggapan buruk mengenai perkhidmatan trak tunda dan bengkel panel.



AZRI Che Noh pada sesi temuramah di Pejabat AA Life Auto Sdn Bhd, Wangsa Maju. - Foto Aswadi Alias
Boleh dikatakan sebahagian besar pengguna jalan raya memiliki persepsi kurang baik ke atas perkhidmatan sokongan automotif, terutama yang berkaitan dengan trak tunda dan bengkel baiki kenderaan.
Ia berikutan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha, hinggakan ramai yang berkongsi pengalaman buruk mengenai perkhidmatan terbabit dalam pelbagai platform termasuk media sosial selepas menjadi mangsa penipuan pengusaha trak tunda dan bengkel yang mengenakan caj tidak masuk akal.
Menyedari perkara itu, Azri tidak mahu krisis yang akan menjejaskan nama baik pengusaha 'budiman' berterusan sehingga memberi kesan buruk ke industri.
Cabaran tangkis imej buruk trak tunda
Apatah lagi syarikat yang diasaskannya sejak lebih lima tahun itu amat bergantung kepada dua perkhidmatan berkaitan serta penawaran takaful kemalangan hasil kerjasama dengan syarikat terkemuka.
Dengan cabaran yang dianggap sebagai sukar untuk ditangkis, anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu bangkit mengubah persepsi orang ramai, sekali gus mewujudkan apa yang yang dipanggil garis panduan kepada pelanggan.

PENGASAS AA Life Auto Sdn Bhd, Azri Che Noh (berdiri lima kanan lima kanan) bersama ahli Persatuan Trak Tunda Malaysia dan Agensi Pemasaran Automotif Malaysia (MAWMAA) di Pejabat AA Life Auto Sdn Bhd, Wangsa Maju. - Foto Aswadi Alias
"Cabaran dari segi persaingan adalah perkara normal dalam perniagaan seumpama ini. Namun, untuk memperbetulkan tanggapan buruk sebenarnya lagi sukar kerana sekali terkena, orang akan ingat sampai bila-bila.
"Tidak dinafikan, ramai yang pernah tertipu dengan penunda yang mengenakan caj sangat tinggi dan ada juga bengkel yang gemar mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
"Tidak hanya tertumpu kepada mengubah persepsi masyarakat, kami juga mahu transformasikan perkhidmatan trak tunda supaya lebih standard dan sistematik, harga yang diselaraskan serta perkhidmatan lebih mesra.
"Dua cabaran utama ini diharapkan dapat ditempuhi oleh AA Life Auto," katanya.
Azri yang memiliki Diploma Pemasaran dari sebuah kolej swasta, berkata hasratnya adalah untuk memudahkan perkhidmatan kepada pengguna supaya sentiasa selesa meskipun berdepan masalah di jalan raya.
Kerjasama agensi berdaftar
"Kami bekerjasama dengan Persatuan Agensi Pemasaran Automotif Malaysia (MAWMAA) dan Pertubuhan Trak Tunda, Pengangkut Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) untuk memperbetulkan semula imej serta reputasi syarikat seperti kami ini," katanya.
Mengimbau kembali pembabitannya dalam industri sokongan automotif, Azri berkata disebabkan kurangnya tumpuan dalam bidang ini menyaksikan beliau memutuskan untuk berkecimpung dalam bidang yang dianggap baharu bagi usahawan Bumiputera sepertinya pada 2013.
Katanya, dalam tempoh dua tahun pertama, AA Life Auto yang mewujudkan pakej ARA Assist kurang mendapat sambutan kerana bukan saja kurang dikenali, malah ia bagaikan tempoh percubaan baginya.

PENGARAH Pemasaran AA Life Auto Sdn Bhd, Mohd Hazri Hassan (tengah), Presiden Persatuan Agensi Pemasaran Automotif Malaysia (MAWMAA), Khamarulzaman (kiri) dan Presiden Pertubuhan Trak Tunda dan Pengangkut Kereta 1Malaysia (1MTTCC), Md Yusof Yahya pada sesi temuramah di Pejabat AA Life Auto Sdn Bhd, Wangsa Maju. - Foto Aswadi Alias
"Selepas itu, kami mula mengorak langkah ke depan dan ketika ini lebih 30 ahli berdaftar dengan ARA Assist dan kami menyasarkan pertambahan keahlian baharu sebanyak 10,000 setiap tahun," katanya.
Malah, katanya menerusi kempen keselamatan baharu yang dikenali 365Assist, Azri tidak hanya mengharapkan keahlian daripada individu, malah AA Life Auto kini meninjau potensi syarikat korporat untuk menjadi sebahagian pangkalan pelanggannya.
"Kami mahu menjadikan jenama AA Life Auto, ARA Assist dan 365Assist sinonim dengan perkhidmatan yang profesional, berpengalaman dan boleh dipercayai," katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 11:20 AM | Show all posts
ajuliana replied at 23-6-2023 11:20 AM
Sasar jadi pelengkap ekosistem automotif Malaysia
Mohd Zaky Zainuddin - Mac 25, 2018 @ 10:01pmzaky ...

i dah siap google dah laki dia bisness apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 08:41 AM | Show all posts
mmg tak abis2 cite die nie ek
dr stat ngandung, nk bersalin, bersalin, berpantang
mmg segenap kehidupan die kene cite kat sini ke
menyampah pulak aku dok madammu madammu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I menyampah tgk dia duk 24/7 record semua benda yg dia buat tapi I suka tgk dia layan anak2 tiri dia. Anak2 tiri dia pon nampak genuinely sayang dia as a mother. Bukan mudah nak sayang anak orang mcm anak sendiri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam melintas tiktok dia... 200k total brrhabis
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by irvene at 27-6-2023 05:48 AM

selamat menontong bab kata madamu. jangan pekat sgt bunyi setiu madamu. macam tak kena dgn penampilan


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni tak ada kawan sejati ka....semua nak bagi tahu warga dunia....oh lupa lifestyle....berjahit hp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai followers yg sebenarnya sellers dia juge
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 12:27 PM | Show all posts
untunglah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.239189 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list