CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Si genit ratu skuba

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, tidak menjadikan bertubuh kecil dengan ketinggian 157 sentimeter sebagai penghalang untuk bergelar pengajar selam skuba. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Untuk bergelar pengajar selam skuba bukanlah sesuatu yang mudah kerana seseorang itu perlu mengharungi pelbagai latihan dan ujian mencabar.

Namun, bagi si kecil molek berketinggian 157 sentimeter, Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, ia bukanlah halangan untuknya menceburi profesion itu yang didominasi lelaki dan warga asing.

Berkongsi pengalamannya, gadis berhijab berasal dari Perak itu berkata, dia menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun iaitu selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster.

"Perjalanan ini tidak dirancang, ia bermula ketika saya menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), ibu bapa saya tawarkan saya untuk tinggal di Pulau Perhentian bagi mengikuti latihan selam skuba peringkat Divemaster," katanya yang kini mengajar di sebuah operator menyelam di Pulau Perhentian.

Katanya, selepas setahun menimba pengalaman sebagai Divemaster, dia meneruskan latihan ke peringkat pengajar dengan mengambil kursus pembangunan pengajar (IDC) dan peperiksaan pengajar (IE) sebelum layak bergelar pengajar selam skuba yang diiktiraf Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (Padi).



Ditanya berkaitan pemilihan kerjaya itu yang jarang diceburi golongan hawa, Nur Sabrina berkata, dia meminati bidang itu kerana terinspirasi melihat kebanyakan pengajar selam skuba yang ada di pulau di Malaysia adalah warga asing.

"Pengajar selam skuba ramai orang luar (warga asing), mereka golongan profesional seperti pekerja bank dan jurutera, tapi sanggup berhenti semata-mata untuk tinggal dan kerja di pulau.

"Jadi saya rasa ini peluang saya untuk membuka mata orang ramai terutama wanita Melayu dan yang berhijab bahawa kita mampu memikul kerjaya ini, sekali gus menggalakkan lebih ramai untuk menceburinya," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, melatih pelajar selam skuba sehingga mereka berjaya mendapatkan lesen adalah satu kepuasan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Ada pelajar yang asalnya fobia, panik dengan kedalaman air dan ada juga yang hampir putus asa, tapi apabila saya berjaya pujuk dan mengatasi ketakutan mereka itu sehingga menamatkan kursus, saya rasa puas dan gembira," katanya.

Sementara itu, ibunya, Noorazizah Yusof berkata, selain Nur Sabrina, beliau dan suami serta dua anaknya yang lain turut memiliki lesen selam skuba serta aktif menyelam di beberapa pulau seperti Pulau Perhentian, Sipadan, Phuket, Gili Asahan dan Maldives.



"Dulunya, setiap kali cuti persekolahan, kami akan bawa anak-anak bercuti ke pulau dan secara tidak langsung, pada 2013, kami ambil lesen permulaan selam skuba di Pulau Perhentian selepas tertarik dan timbul minat ingin mencuba aktiviti itu.

"Tidak disangka, dengan hanya suka-suka, kini ia menjadi hobi kami sekeluarga dan akan melakukan selaman bersama setiap kali bercuti di pulau sehingga ke hari ini," katanya.

Suri rumah itu berkata, beliau bangga dengan pencapaian Nur Sabrina yang menjadikan jurulatih selam skuba sebagai kerjayanya.

"Kami akan sentiasa menyokong apa yang Nur Sabrina buat kerana itu minatnya…walaupun masih berhijab dan perlu menjaga batas sebagai seorang Muslimah, tapi masih mampu melakukan tugas yang mencabar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... si-genit-ratu-skuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036625 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list