Sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap penyakit demensia.
Menurutnya Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak awal 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.
Foto: IG
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di IG milik Nordin Kardi mengenai keadaan Pak Lah yang menyentuh hati rakyat yang melihat.
Menurut Nordin, dia memuat naik video keadaan terkini Pak Lah selepas mendapat kebenaran dari ahli keluarga untuk tontonan rakan-rakan Pak Lah yang sudah lama tidak bertemu dengannya.
Di ruanagn komen ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buatnya. Ada juga sesetengah individu yang tidak berpuas hati kerana menunjukkan keadaan Pak Lah yang sebegitu.
“Sangat menyedihkan apabila ada orang yang sanggup memuat naik video Pak Lah dalam keadaan tua dan sakit,”-kata mereka
“Kawan baik yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan, Alhamdulillah”
“Allahummaa moga Pak Lah terusss sihat dan sembuh, kami merindui dan menyayangi Pak Lah”
“Moga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan SYIFA buat Pak Lah.. Syafakallah”. -CARI
Post time 22-6-2023 06:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa nak sebak? Mcm tu lah org bila dah tua. At least dia nyanyuk pun ada pembantu duit no problem...yg miskin tua nyanyuk gini ada anak2 letak tepi jalan.
Post time 22-6-2023 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Takda nak sebak2 lah
Bukan keji pun perbuatan orang rekod2 dia tu
Dia hidup selesa harta makan tak habis
Pembantu ramai
Hospital cepat dan selesa
So takyah sedih2 tak tentu pasal eh netizen
Fikir2 semua itu adalah bahagian masing2. Tak perlulah berkata banyak, itu-ini, membanding2kan, tapi bersyukurlah kita seadanya apa yg telah Allah berikan.
Katanya Pak Lah start dementia since bersara. Agaknya tu sebab Tun M mati2 still kerja if not dia pun sama. Samalah dengan arwah Jins Shamsuddin kan, sejak bersara terus nyanyuk.