View: 290|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sultan Terengganu rasmi jambatan ikonik Pulau Poh, Tasik Kenyir
[Copy link]
|
|
JAMBATAN ikonik Pulau Poh di Tasik Kenyir. FOTO ZAID SALIM
Kuala Berang: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan jambatan ikonik Pulau Poh di Tasik Kenyir, di sini sempena Sambutan Ulang Tahun ke-61 Hari Keputeraan baginda, malam ini.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, jam 9.05.
Turut mengiringi baginda, empat anakanda Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Yahaya Ali.
Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, jambatan sepanjang 133 meter yang menjadi penghubung antara Pengkalan Gawi dan Marina Pulau Poh itu dibuat berkonsepkan hiasan perahu tradisional masyarakat Terengganu dan memiliki kombinasi reka bentuk tradisional dan moden.
"Kewujudan jambatan ini memberi peluang ekonomi baharu kepada rakyat tempatan di kawasan sekitar terutamanya pembangunan di Tasik Kenyir dan Hulu Terengganu dengan penganjuran pelbagai program dan acara pelancongan di Tasik Kenyir.
"Kewujudan perniagaan kecil seperti kiosk di kawasan sekitar memberi peluang kepada lebih ramai usahawan di negeri ini sekaligus menambah pendapatan.
"Kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan ekonomi setempat," katanya.
Bermotifkan kepala bangau dan dibina dengan konsep kabel tetap, jambatan Pulau Poh yang mempunyai empat lorong memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) oleh Jabatan Kerja Raya pada 24 Oktober 2021.
Projek yang menelan kos RM150 juta itu diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 22 Disember 2021 dan diuruskan sementara oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... au-poh-tasik-kenyir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|