View: 246|Reply: 0
|
[Pahang]
Jerantut jadi hab agropelancongan anggur
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Jabatan Pertanian Pahang akan menjadikan Pusat Pertanian Temin, di Jerantut sebagai hab agropelancongan berasaskan tanaman anggur berikutan kemudahan dan potensi tanaman itu di daerah ini.
Pengarahnya, Muhd Rizal Baharom, berkata usaha itu memberikan nilai tambah di daerah itu yang juga dikenali sebagai lokasi pelancongan popular seperti durian, Taman Negara Pahang dan pahlawan Mat Kilau, di Pulau Tawar.
Katanya, Pusat Pertanian Temin akan menjadi hab tanaman anggur dengan kepakaran dan pengalaman pengusaha tanaman berkenaan, Syed Norhaimi Syed Zin.
Pelancong boleh datang ke kebun anggur untuk melihat sendiri tanaman berkenaan sambil mengutip buah, pokok anggur dijadualkan untuk berbuah dua kali setahun.
"Kini ada 32 pokok anggur sudah berbuah dalam dua rumah hijau dan 44 pokok baharu ditanam antaranya heliodor (buah hijau), jupiter (buah hitam) dan velez (buah kemerahan).
"Jabatan mempelawa individu di daerah ini yang berminat mencuba mengusahakan tanaman anggur, khidmat nasihat dan bantuan sesuai akan diberikan," katanya.
Muhd Rizal berkata, tanaman anggur jenis manis atau 'table grape' mempunyai masa untuk dikomersilkan sebagai produk pelancongan dan menambah pendapatan.
Syed Norhaimi pihaknya akan membuka peluang orang ramai melawat sambil memetik buah bersama keluarga.
"Tidak perlu ke luar negara untuk memetik buah anggur, sebaliknya ada di sini dengan kualiti sama seperti diimport.
"Saya juga menjual pelbagai benih pokok anggur berharga RM100 sepokok dan boleh ditanam sebagai pokok hiasan di kediaman mereka," katanya.
Pokok anggur ditanam dalam rumah hijau di Pusat Pertanian Temin, di Jerantut. - Foto/Mohd Rafi Mamat
https://www.bharian.com.my/berit ... opelancongan-anggur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|