CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 0

[Perak] MBI pasang lebih 1,000 perangkap tikus di pasar, medan selera

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Ipoh: Unit Kawalan Vektor Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang 747 perangkap dan menangkap serta melupuskan 117 tikus di sekitar bangunan milik MBI termasuk pasar awam dan medan selera setakat Mei lalu.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, dalam tempoh pelaksanaan Kempen Kawalan Tikus di Pasar Besar Ipoh dari 6 hingga 21 Jun lalu pula, 360 perangkap dipasang dan 91 tikus ditangkap.

"Kempen ini diadakan sebagai usaha membasmi urungan tikus di pasar awam MBI untuk tahun ini. Aktiviti kempen kawalan tikus ini mula dijalankan pada 6 Jun dan akan berlanjutan hingga 31 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini hari ini dan menambah aktiviti itu selaras dengan sasaran Ipoh Bandaraya Terbersih 2023.

Pelaksanaan Pelan Tindakan Pemantauan Dan Kawalan Tikus (PTPKT 2.0) di pihak berkuasa tempatan (PBT) katanya mula dilaksanakan tahun lalu di bawah Garis Panduan Kawalan Tikus di PBT.

Beliau berkata, Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBI memilih Pasar Besar Ipoh, Pasar Pasir Pinji dan Pasar Pasir Puteh untuk dijalankan kempen ini secara berfasa dan seterusnya ke semua pasar dan medan selera milik MBI.

Mengulas lanjut, Rumaizi berkata, kempen ini antara lain bertujuan mencegah penularan pelbagai jenis penyakit bawaan tikus seperti Leptospirosis, Hawar (plaque), tifus, jangkitan cacing dan pelbagai jenis virus serta bakteria.

Ia juga bagi mengurangkan masalah infestasi (urungan) tikus di kawasan PBT meliputi pasar awam dan medan selera, melaksanakan kajian indeks tikus, penilaian risiko persekitaran urungan tikus serta merangka dan melaksanakan tindakan kawalan dan mitigasi.

"Punca utama masalah urungan tikus di pasar awam disebabkan oleh sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan, lubang di persekitaran bangunan pasar, bekas-bekas penyimpanan polisterin atau kotak kadbod yang tidak bersih serta disimpan secara tidak teratur," katanya.

Justeru, beliau berkata, peniaga-peniaga pasar awam perlu memberi kerjasama termasuk aspek pelupusan sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan dengan cara membuang sisa ke dalam plastik sampah dan mengikatnya dengan sempurna sebelum dibuang ke dalam tong sampah berpenutup.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pasar-medan-selera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.027790 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list