CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bapa tiri, ibu kandung ditahan dera anak

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penderitaan dialami kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun apabila dipercayai didera bapa tirinya di sebuah rumah di Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, berakhir selepas diselamatkan pihak berkuasa, semalam.

Nasib malang kanak-kanak itu terbongkar selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menerima laporan daripada jiran membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis menerima laporan daripada pegawai JKM mengenai kejadian pada petang semalam.

"Bertindak atas laporan, sepasukan polis ke lokasi pada kira-kira 8 malam lalu menahan ibu kandung mangsa berusia 35 tahun dan bapa tiri berusia 37 tahun.

"Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan rotan di kaki serta pipi.

"Mangsa adalah anak tunggal suspek wanita dan kemungkinan didera antara seminggu atau dua minggu lalu berdasarkan kesan kecederaan mangsa yang masih baharu," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, suspek yang juga peniaga nasi lemak mendakwa mendera kanak-kanak itu kerana nakal.

Menurut Mohd Shuhaily, semakan polis mendapati suspek lelaki positif dadah methamphetamine manakala isterinya negatif.

Katanya, pasangan terbabit direman lima hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-ditahan-dera-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.085606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list