View: 425|Reply: 0
|
[Melaka]
Wanita warga asing guna WeChat tawar seks dicekup JIM
[Copy link]
|
|
ANTARA wanita warga asing yang dicekup kerana disyaki menawarkan khidmat seks menerusi WeChat. FOTO JIM Melaka
Melaka: Lapan wanita warga asing dipercayai menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat antara 19 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam Op Gegar dan Op Sapu di sekitar Melaka Raya dan Krubung, di sini, malam tadi.
Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, semua warga asing terbabit ditahan sepasukan 74 pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa dalam dua operasi bermula jam 9.45 malam hingga 2 pagi atas pelbagai kesalahan.
"Dalam Op Gegar, pegawai dan anggota JIM menyerbu beberapa hotel bajet sekitar Melaka Raya dan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas bilik hotel didiami wanita warga asing yang dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral pelacuran melalui WeChat.
"Hasilnya seramai lapan wanita terdiri daripada lima Vietnam dan tiga Thailand berusia 27 hingga 33 tahun ditahan. Siasatan awal mendapati mereka menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM230 hingga RM270," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anirwan Fauzee berkata, bukan saja cuba menyorok, malah beberapa wanita warga asing terbabit enggan bekerjasama apabila diminta membuka pintu bilik hotel untuk pemeriksaan.
"Disebabkan keengganan penghuninya untuk membuka pintu selepas beberapa kali diarahkan, anggota operasi terpaksa memecah pintu beberapa bilik bagi menjalankan pemeriksaan.
"Ada antara wanita warga asing ini cuba menyembunyikan diri mereka namun dapat ditemui oleh anggota operasi," katanya.
Beliau berkata, lapan wanita warga asing itu ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya, turut diperiksa semasa operasi adalah lima warga Malaysia iaitu penjaga hotel dan pelanggan.
Sementara itu, dalam operasi Op Sapu, Bahagian Penguat Kuasa JIM Melaka menyerbu penempatan pekerja asing di sebuah tapak pembinaan taman perumahan di Krubong.
Anirwan Fauzee berkata, seramai 41 warga asing, lapan individu bertaraf penduduk tetap dan seorang warga tempatan diperiksa hasil pemeriksaan ke atas rumah kongsi di situ.
"Keseluruhannya, 11 lelaki dewasa berumur 21 hingga 47 tahun ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Mereka terdiri daripada dua lelaki Myanmar, Bangladesh (seorang) dan masing-masing empat orang warga Indonesia dan Nepal," katanya.
Menurutnya, semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh untuk siasatan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-seks-dicekup-jim |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|