CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Menipu, tak betul - Ibu remaja

[Copy link]
Post time 25-6-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman video yang tular di media sosial. FOTO tular Facebook

Kuala Lumpur: Keluarga remaja yang tular berniaga air di dua bank di Setapak di sini dan Gombak, Selangor menafikan dakwaan anaknya tidak bersekolah dan dipergunakan oleh bapanya.

Ibu remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nana menyifatkan tuduhan dibuat seorang pengguna media sosial di Facebook baru-baru ini sebagai menipu.

"Perkara ini memang menipu, tak betul," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sebelum ini, tular menerusi sebuah hantaran di Facebook mengenai dua beradik yang berniaga air di dua bank di Setapak dan Gombak.

Pengguna media sosial itu menerusi Facebooknya mendakwa, dua remaja yang masih bersekolah menengah telah dipergunakan oleh bapanya untuk berniaga air.

Lelaki itu turut mendakwa kedua-dua remaja berkenaan sudah lama tidak bersekolah dan memantau perkara itu sejak sekian lama.

Katanya, satu aduan juga sudah dikemukakan terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Dalam pada itu, Nana berkata, pihaknya turut terkesan atas tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.

"Saya sekeluarga masih terkesan dengan apa yang dah berlaku ini," katanya.

Dia memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya berkaitan hantaran Facebook berkenaan.

Selain itu kata Nana, pihaknya juga akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan mengenai perkara itu.

"Saya akan membuat satu sidang media untuk menjelaskan mengenai perkara yang tular ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-betul-ibu-remaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.031249 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list