CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Selangor] Lima saksi bantu siasatan kes ceroboh bilik hotel

[Copy link]
Post time 25-6-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode

Petaling Jaya: Polis sudah merakam percakapan lima saksi berhubung penahanan bekas pemain bola sepak kebangsaan kerana didapati menceroboh bilik di sebuah hotel, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lima saksi berkenaan termasuk pekerja hotel terbabit.

"Kita dalam proses melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bekas pemain bola sepak yang juga mantan kapten skuad kebangsaan sekitar 2000 ditahan polis dipercayai terbabit dengan kesalahan menceroboh bilik di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menurut sumber, laporan polis dibuat selepas mendapati bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi bersama pasukan di utara tanah air menceroboh bilik hotel sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.

Selain itu, Mohamad Fakhrudin mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebaran perbuatan jenayah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ceroboh-bilik-hotel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033399 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list