CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Pahang] 'Mereka cuma keluar beli aiskrim...'

[Copy link]
Post time 25-6-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Bapa mangsa, Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman (tengah) dan isterinya, Nur Baizura Mustaffa sedih selepas kehilangan tiga anak serentak. NSTP/MOHD RAFI MAMAT

PEKAN: Semuanya bermula dengan aiskrim sebelum berakhir dengan tangisan berpanjangan.

Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, sukar menahan sebak mengenang permintaan dua anaknya, Nik Nur Faqihah, 11 dan adiknya, Nik Ikram Nuqman, 5, yang mahukan aiskrim dijual di kedai kira-kira dua kilometer (km) dari rumah mereka.

Katanya, dua beradik itu meminta izin daripada isterinya, Nur Baizura Mustaffa, 34, untuk keluar menaiki motosikal bersama abang mereka, Nik Ikram Idwan, 15.

"Nik Faqihah beritahu ibunya ingin makan ayam goreng selepas keluar membeli aiskrim dan isteri saya menyediakan juadah tengah hari seperti dimahukan sementara menunggu mereka pulang.


"Siapa sangka, dalam sekelip mata, mereka pergi dan tidak akan kembali lagi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini, hari ini.

Mengakui kehilangan tiga daripada lima anak sekali gus adalah ujian berat untuk dihadapi, Nik Mohd Khairul Hisyam seakan-akan tidak percaya apabila dihubungi isterinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Saya tergamam, memang tak percaya tapi selepas isteri hantar gambar kemalangan, apa lagi yang boleh saya lakukan.

"Semua ini memang terlalu berat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, tiga beradik itu maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.

Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, pemandu MPV itu belum bertemu mereka sekeluarga berhubung kejadian itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... keluar-beli-aiskrim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.377004 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list