CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pakar judi sertai serbuan polis terhadap dua premis di Kuchai Lama

[Copy link]
Post time 25-6-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Dua premis yang diwujudkan untuk aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian atas talian dekat Jalan Kuchai Lama di sini, di serbu polis kelmarin.

Serbuan dijalankan jam 4 petang dan 4.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, serta dibantu pegawai bertaraf pakar judi dan Unit Forensik.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata dalam serbuan pertama pihaknya menahan seorang lelaki dan tiga wanita warga asing berusia 20 hingga 32 tahun kerana menjalankan aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian atas talian.

"Satu set komputer, empat unit komputer riba, lima telefon bimbit, satu router dan satu mesin punch card yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian telah dirampas dan kesemua tangkapan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.



"Serbuan kedua di kawasan berhampiran turut membawa kepada penangkapan sembilan warga negara asing terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan berumur antara 21 hingga 36 tahun dan merampas empat set komputer, satu komputer riba, sembilan buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu buah modem dan satu buah router," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua tangkapan juga disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kedua-dua premis ini disyaki terlibat dalam mengurus dan mempromosikan aktiviti perjudian dan analisa pakar judi ke atas barangan rampasan mendapati wujud aktiviti yang disyaki berkaitan dengan unsur-unsur perjudian dalam talian," katanya.

Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

https://www.bharian.com.my/berit ... emis-di-kuchai-lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.030903 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list