View: 280|Reply: 1
|
[Selangor]
'Inspektor Shiela' tiba di mahkamah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2609shei_1687743052.jpg)
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan salah satu insiden dipercayai membabitkan polis wanita terbabit.
Selayang: Pegawai polis wanita dikenali sebagai 'Inspektor Shiela' tiba di Mahkamah Majistret di sini dijangka bagi menghadapi tiga pertuduhan berhubung ugutan dan mengaibkan anggota bawahan dan orang awam.
Shiela hadir dengan memakai sut hitam dilihat memasuki pekarangan mahkamah pada 8.55 pagi dengan diiringi peguamnya M Manoharan dan M Hariharan.
Ketika disapa media dengan kata-kata good morning (selamat pagi) Inspektor Shiela", dia kemudian membalas good morning sambil tersenyum.
Pegawai polis itu yang ditahan kerja sejak minggu lalu, dijangka berdepan tiga pertuduhan iaitu satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) dan dua tuduhan mengikut Seksyen 509 kanun sama kerana perbuatan mengaibkan.
Difahamkan, pendakwaan akan dijalankan di dua mahkamah majistret bersaingan.
Jika sabit kesalahan, tuduhan ugutan boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan mengaibkan pula, ia memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum ini, pegawai itu berdepan kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial, Khamis lalu, memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat Lans koperal dalam kejadian di Gombak, Selangor.
Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan sebelum dia ditahan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.
Proses rakaman percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 19 Jun lalu.
Sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapi pegawai wanita terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... la-tiba-di-mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Inspektor Sheila didakwa aib polis, ugut wanita
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/06/inspektor.jpeg)
Inspektor Sheila ketika hadir di Mahkamah Selayang hari ini.
SELAYANG – Seorang pegawai polis wanita yang tular sebagai ‘Inspektor Sheila’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis di sebuah kedai makan berpangkat Lans Koperal dua minggu lalu.
Bagaimanapun ‘Inspektor Sheila’ atau nama sebenarnya S.Sheila Sharon, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mengikut pertuduhan, Sheila didakwa telah menyebut berkenaan pangkat Lans Koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini pukul 1.25 petang pada 15 Jun lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, mahkamah lain, di hadapan Majistret Chai Guan Hock, Sheila didakwa atas dua lagi pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu”.
Bagi kesalahan mengugut Sheila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi seksyen menghina, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat sama masing-masing pukul 12 tengahari dan 1 petang pada tarikh sama.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal dan Anis Farhah Ahmad Hilmi manakala Sheila diwakili peguam M.Manoharan.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... -polis-ugut-wanita/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|