CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Selangor] Luth kritikal, keluarga mohon doakan Luth

[Copy link]
Post time 26-6-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

MAS Hazirah Saifuddin, 33, bersama-sama anaknya, Luth di hospital semalam. FOTO Aziah Azmee

Subang: Kanak-kanak lelaki yang juga pesakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) dilaporkan kritikal, malam tadi.

Perkembangan Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff, 5, yang ditempatkan di umit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini dikongsikan di Instagram dikendalikan ibu saudaranya.

Menurutnya, ketika ini hampir semua ahli keluarga mereka berada di hospital memberi sokongan kepada Luth.

"Luth dalam kritikal. Minta tolong semua doakan Luth sedar dengan stabil dan ada keajaiban untuk Luth sembuh dengan segera dan sepenuhnya.

"Mohon doa dari semua agar Allah SWT memberi kesembuhan kepada Luth yanf kini sedang kritikal dan kurniakan rahmat kepada hamba-Nya," tulisnya di kapsyen.

Semalam Harian Metro menyiarkan kisah Mas Muhammad Luth yang mesra di sapa Luth yang memerlukan bantuan dana perubatan segera di luar negara.

Kelmarin anak sulung daripada tiga beradik itu melepasi saat kritikalnya, selepas ditidurkan selama 96 jam namun ketika itu kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan separuh sedar.

Mas Muhammad Luth memerlukan rawatan segera daripada pakar berpengalaman di luar negara bagi merawat penyakit dihidapinya yang mana ia dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa dan memerlukan RM6 juta untuk tujuan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-mohon-doakan-luth
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list