CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 2

[SEJARAH] Kisah tertubuhnya Mata-Mata Khas, kumpulan wanita yang membantu polis

[Copy link]
Post time 26-6-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Kisah tertubuhnya Mata-Mata Khas, kumpulan wanita yang membantu polis


Zaman Darurat 1948-1960, 12 tahun rakyat terkurung dalam rumah


Ramai yang ingat bila negara kita merdeka, keadaan dalam negara aman damai. Iyalah, dah merdeka, kan? Tapi generasi muda mungkin tak tahu macam mana sebenarnya keadaan zaman itu. Walaupun dah merdeka, tapi rakyat tak bebas 100% untuk keluar rumah. Apatah lagi nak masuk hutan. Kalau hari ini (sebelum PKP), kita tak ada masalah pun nak daki bukit atau berkhemah dalam hutan. Tapi zaman darurat dahulu, janganlah cari nahas masuk hutan kalau tak nak kena tangkap dengan komunis! Ya, walaupun dah merdeka, rakyat negara ini masih berkurung dalam rumah.


Polis soal siasat orang awam pada zaman darurat. Via Wikipedia


Kalau COVID-19 mungkin berpanjangan selama 6 bulan sampai setahun, tapi Zaman Darurat ini berlarutan sampai 12 tahun! Macam mana semua ini bermula? Puncanya ialah komunis mula mengganas selepas Jepun menyerah kalah. Keganasan komunis ini mula dipandang serius apabila 3 orang pengurus ladang British dibunuh di Sungai Siput, Perak. Sebulan lebih selepas itu, barulah kerajaan isytiharkan darurat pada 23 Julai 1948 sebab keadaan dah makin teruk!

Di kawasan kampung-kampung pula, rakyat ditawarkan untuk jadi sukarelawan demi menjaga keselamatan. Pasukan sukarelawan ini digelar sebagai Home Guard. Bukan sebarangan latihan ahli-ahli Home Guard ini dapat. Sebijik macam tentera! Tak kira lelaki dan perempuan, sesiapa saja boleh tawarkan diri untuk jadi Home Guard. Bila orang lelaki pergi solat di masjid, orang perempuan ambil alih jaga sekeliling kampung. Kiranya zaman itu, lelaki dan perempuan sama-sama setara dan tak ada beza.

Kalau anda nak tengok macam mana latihan Home Guard, tonton video di bawah:



Tak cukup dengan home guard, kerajaan mula rekrut orang perempuan pula untuk jadi Mata-Mata Khas atau Special Constable untuk bantu tugas-tugas polis. Contohnya, polis perlukan pegawai wanita untuk soal siasat orang awam di sekatan jalan raya. Maklum sajalah, bila setiap orang kena saring, takkan polis lelaki nak sentuh badan perempuan, kan? Jadi sebab itulah mereka perlukan pegawai polis perempuan. Mereka juga nak pastikan tidak ada sesiapa yang bersengkokol dengan komunis, termasuk orang perempuan. Bila ada tangkapan yang melibatkan perempuan, maka pegawai polis perempuan turun padang.


Polis Wanita terawal di Malaysia. Via FB Ustazah Zaman Dulu-Dulu


Bermula dengan Mata-Mata Khas inilah, Pasukan Polis Wanita ditubuhkan secara rasmi pada bulan Ogos 1955. Walaupun Zaman Darurat ni sangat getir dan banyak nyawa yang terkorban, tapi dari zaman itulah peranan orang perempuan semakin diberi tumpuan. Kalau sebelum ni orang perempuan banyak bekerja sebagai suri rumah, tapi zaman darurat, perempuan pun kena ikut ‘berperang’!

Rusuhan Kaum 13 Mei 1969, titik hitam hubungan kaum di Malaysia
Siapa yang boleh lupa pada titik hitam dalam sejarah negara kita ini? Bermula dengan kebencian yang disebarkan oleh parti-parti politik selepas Pilihanraya Umum 1969. Tak ada sesiapa pun yang jangka akan berlaku rusuhan selepas PRU itu. Semuanya bermula dengan perarakan yang meraikan kemenangan DAP & Gerakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 11 & 12 Mei 1969. Tak ada masalah pun nak berarak, mereka dah ada permit dari polis pun. Cuma, apa yang terjadi semasa perarakan itulah yang mencetuskan api perkauman yang dahsyat!



Sumber: Buku ‘May 13: Before and After’ tulisan Tunku Abdul Rahman


Semasa perarakan tersebut, mereka melemparkan kata-kata yang menghina orang Melayu. Sebabkan panas hati, pemuda UMNO bertindak ingin membalas kebiadapan orang cina dalam perarakan tersebut. Mereka pula berarak pada pagi 13 Mei 1969 sebagai reaksi terhadap perarakan sebelum itu. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor, Dato Harun Idris di Kampung Baru dengan membawa parang dan keris. Mereka hanya tunggu arahan Dato Harun untuk mengamuk. Malang sekali, Dato Harun tak berjaya nak tenteramkan kemarahan mereka.


Kenderaan yang dibakar oleh perusuh semasa tragedi 13 Mei. Via Malaysiakini


Dalam masa yang sama juga, banyak khabar angin yang tersebar seperti mencurahkan minyak ke api yang tengah marak. Rusuhan terjadi petang itu. Ada kumpulan orang Melayu yang ditahan di tengah jalan oleh kongsi gelap Cina. Kemuncaknya, orang Melayu (yang kebanyakannya ikut serta berkumpul dengan pemuda UMNO pada waktu itu) merusuh sampai mengorbankan orang Cina yang tak bersalah, manakala geng kongsi gelap cina pula telah menyembelih orang Melayu yang sedang menonton wayang di Federal Cinema, Panggung Kapitol & Panggu Wayang Rex.


Antara panggung wayang yang diserang semasa 13 Mei 1969. Via Malaysiakini


Malam itu, perintah darurat diisytiharkan di seluruh negara serta merta! Polis juga mendapat perintah untuk tembak sesiapa yang ingkar dengan arahan darurat! Jelas, perintah yang sangat keras itu menunjukkan keadaan yang sangat-sangat bahaya di Kuala Lumpur pada waktu itu. Bayangkan, dalam masa beberapa jam saja dalam sehari, rusuhan ini telah ‘membakar’ hampir seluruh kawasan Kuala Lumpur!

Sejarah telah mengajar kita, betapa peritnya derita sepanjang Darurat
Darurat itu perit. Sedangkan negara kita merdeka pun, keselamatan rakyat belum benar-benar terjamin. Tidak sampai satu dekad Zaman Darurat 1948 berakhir, tercetus pula Rusuhan Kaum 1969. Hari ini, kita tidak lagi diancam dengan senjata. Kita masih boleh keluar tanpa ditembak oleh polis seperti keadaan selepas 13 Mei 1969. Kita juga tak perlu mengangkat senjata untuk mempertahankan nyawa seperti datuk nenek kita pada zaman Darurat 1948.

Sumber:https://orangkata.my/sejarah/kis ... ang-membantu-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:44 PM | Show all posts
artikel yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 01:09 PM | Show all posts
good info TT ..tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037828 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list