CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Terengganu] 8 nelayan Vietnam ceroboh ditahan, rampasan hampir RM1.5 juta

[Copy link]
Post time 26-6-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Bot nelayan asing yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran. FOTO IHSAN APMM

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran membabitkan rampasan bernilai hampir RM1.5 juta.

Bot itu ditahan Kapal Maritim yang sedang melaksanakan Op Kuda Laut dan Op Naga Barat pada jarak 60 batu nautika dari muara Pulau Redang, 2.30 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata, lapan nelayan termasuk tekong turut ditahan bersama hasil tangkapan, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta.

"Bot serta semua kru yang berusia antara 23 hingga 55 tahun itu dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

"Maritim Negeri Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mana akan merugikan negara.

"Rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-hampir-rm15-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073742 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list