CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis kesan bengkel buat ubah suai melampau

[Copy link]
Post time 27-6-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Shuhaily Mohd Zain ditemui media. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik bengkel apabila didapati menawarkan perkhidmatan ubah suai kenderaan yang menyalahi undang-undang di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemeriksaan dan risikan akan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur bagi mengenal pasti premis terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan akan dilakukan ke atas bengkel yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyalahi undang-undang termasuk mengesan kenderaan curi.

"Selain dari elemen kesalahan trafik, pasukan JSJ akan digunakan untuk membuat risikan dan maklumat bertujuan untuk tangkapan serta semakan rekod jenayah.

"Siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 akan diambil sekiranya gagal untuk memberi keterangan di atas pemilikan kenderaan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan sekolah-sekolah di ibu negara untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebagai amalan harian.

Katanya, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur diberi mandat untuk merealisasikan objektif itu.

"Saya menasihati kepada semua pengguna jalan raya untuk tidak mengabaikan padan tanda lalu lintas demi keselamatan semua.

"Saya berharap operasi ini akan lebih mendisiplin, mendidik dan menasihati serta memastikan semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan-peraturan di bawah agensi penguatkuasaan yang lain.

"Polis Kuala Lumpur akan mengambil tindakan proaktif dan strategik dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan urban yang selamat dan bebas jenayah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ubah-suai-melampau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.258257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list