CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Perak] Susu kacang soya guna sijil halal palsu diedar sekitar Teluk Intan

[Copy link]
Post time 28-6-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Penguat kuasa KPDN menunjukkan logo halal palsu pada botol susu kacang soya yang disyaki diedarkan ke kedai runcit sekitar Teluk Intan. FOTO Ihsan KPDN.

Teluk Intan: Bukan sekadar mengubah suai premis kediaman menjadi tempat memproses makanan dan minuman, pemilik premis di Hutan Melintang, di sini turut dikesan menggunakan logo halal palsu pada produk susu kacang soya keluarannya.

Kegiatan itu terbongkar ketika serbuan dijalankan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan Majlis Perbandaran Teluk Intan menerusi Ops Logo Halal Palsu kira-kira 11.00 pagi, hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata operasi dijalankan hasil risikan oleh pihaknya selama beberapa hari.

Katanya, hasil pemeriksaan di premis berkenaan mendapati terdapat susu kacang soya yang sudah siap diproses dan dibotolkan disyaki menggunakan logo halal palsu untuk diedarkan ke kedai runcit di sekitar Teluk Intan.

"Premis kediaman berkenaan disyaki beroperasi menggunakan logo halal tanpa perakuan dan kebenaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Semakan awal Bahagian Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan mereka tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk menggunakan logo halal pada produknya.

"Kami menyita sebanyak 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label yang mempunyai logo halal, manakala pemilik perniagaan lelaki berusia 58 tahun ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sekitar-teluk-intan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075767 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list